Masa Pasangan Sedang Sibuk Kejar Kerjaya, Kena Banyak Bersabar. Jangan Pentingkan Diri.

 

Pasangan yang baik adalah pasangan yang menyokong kerjaya pasangannya. Tidak kiralah saat susah atau senang, pasangan yang baik akan sentiasa memberi sokongan dalam apa jua keadaan. Namun begitu, bukan mudah nak menyokong pasangan kita.

Nak-nak lagi bila mana pasangan kita akan mula sibuk dengan kerjayanya, tiada masa untuk anda mahupun mula mengabaikan anda. Ini kerana, sebagai pasangan tentunya kita mahukan perhatian dari pasangan tapi itu semua belum tentu dapat dari seseorang yang perlu fokus dengan kerjayanya.



Bila pasangan sedang sibuk mengejar kerjaya ini sememangnya akan berdepan dengan pelbagai liku, maka dengan itu anda sebagai pasangan perlu lakukan perkara ini saat dia sedang sibuk mengejar kejayanya.

Yakin dengan pasangan bahawa dia mampu berjaya dan kekal bersama anda

Paling penting sebenarnya keyakinan kita bersama pasangan. Mungkin dia akan sibuk dengan kerjaya dia tetapi pada masa yang sama jangan anda hilangan kepercayaan anda bersama dengannya. Ini kerana, keyakinan anda itu akan membuatkan dia rasa ingin berusaha dengan lebih gigih lagi.



Puji pasangan dalam apa jua keadaan

Saat dia kecewa ataupun dia sedang meraikan kegembiraannya, sentiasa puji dirinya dengan menyatakan bahawa dia telah melakukan yang terbaik. Walaupun pencapaian yang dia lakukan itu tidak seberapa berbanding angannya tetapi tetap saja beri pujian pada dirinya.

Ada dalam setiap situasi dia

Tetap beri sokongan pada pasangan anda walau dalam apa jua situasi dirinya. Jangan pernah tinggalkan dia saat dia berjaya mahupun terjatuh. Ini kerana, dia akan lebih menghargai anda kerana anda dalam setiap situasi bersamanya.



Jangan salahkan dia bila perkara tersebut tidak menjadi

Benda yang paling penting sebenarnya, jangan salahkan pasangan bila semua yang dia lakukan itu tidak berjaya. Tetap beri pujian walaupun kegagalan yang dia hadapi. Anda mungkin tidak akan sangka bahawa pujian itu akan beri semangat baru pada dirinya.

Beri kata-kata manis pada pasangan agar dia lebih bersemangat

Ingatkan pasangan anda mengenai kehidupan indah kalian berdua yang akan membuatnya lebih bersemangat. Semakin banyak kata-kata manis dan indah tentunya akan membuatkan dia lebih berkobar-kobar untuk berjaya dalam kerjayanya.

Dalam mengejar kejaya ini, pasangan anda sebenarnya akan lihat siapa yang sabar dan sanggup susah senang bersamanya. Masa ini berkorban sikit demi masa depan kalian.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen