Pasangan Tak Bersedia Untuk Berkahwin Lagi, Guna Taktik Ini. Pasti Menjadi.

 

Setelah bercinta bertahun-tahun tentunya anda mengharapkan sebuah pengakhiran dengan perkahwinan. Mana-mana pasangan yang bercinta tentunya berharap akan berakhir dengan bahagia, kalau tidak tentunya malas nak bercinta.

Namun begitu, tidak semuanya akan berakhir seperti yang anda harapkan. Ada orang yang putus ditengah jalan, eh ada pula yang tahu-tahu kahwin dengan orang lain. Malah, ada juga yang dah lama bercinta ini tapi pasangannya masih lagi tidak bersedia untuk dirikan perkahwinan.

Haaa... kalau macam ini nak buat macam mana pula?



Buat anda yang berdepan dengan perkara ini, boleh ikut tips ini.

Jalani hubungan seperti biasa tetapi jangan terlalu berharap pada pasangan

Bila anda sudah tahu akan keadaan dirinya, jangan memaksa dia untuk berkahwin atau apa pun. Jalani hubungan kalian seperti biasa seperti sebelum anda tahu mengenai dirinya. Namun pada masa yang sama, jangan meletakkan harapan bahawa kalian akan berakhir dialam perkahwinan seperti impian awal perhubungan dulu.



Jangan terlalu sangat bercakap mengenai perkahwinan

Jika anda bercakap mengenai perkahwinan itu hanya akan membuatkan hubungan kalian keruh dan renggang. Maka dengan itu, jangan bercakap mengenai perkahwinan yang akan membuatkan dia rasa tertekan dan rasa anda mendesak dirinya.

Terus tunjukkan perasaan cinta dan sayang anda

Walaupun agak kecewa dengan pengakuan dia, tapi itu tidak bermakna anda perlu tamatkan hubungan. Cuba buat dia sedar bahawa anda benar-benar mencintai dia hingga membuat keputusan untuk berkahwin dengan diri anda. Jangan buat hubungan terasa hambar kerana ia sememangnya akan beri kesan kelak pada hubungan anda.



Jangan minta untuk dia menjadi apa yang anda mahukan

Dia sememangnya sayang akan anda namun, dia bimbang kalau anda bukan orang yang dia cari selama ini. Maka dengan itu, jangan mendesak dia untuk jadi seseorang yang anda mahukan tetapi lebih terima siapa dirinya. Mana tidaknya kalau terus mendesak memang dia akan lari.

Bawa dia ke majlis keluarga anda

Kalau anda ingin berkahwin dengan cepat maka segera rapatkan dia dengan keluarga anda. Sering bawa dia ke majlis yang ada keluarga anda tentu akan membuatkan dia lebih erat dan mudah terima keluarga anda kelak. Tapi pastikan keluarga anda memberi layanan yang baik pada dirinya.

Ini antara cara yang anda boleh lakukan kepada si dia yang masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga lagi. Tapi jangan bimbang dia sememangnya sayang akan anda dan hubungan kalian.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen