Manfaat Tidur Dengan Memakai Stokin, Ramai Yang Tak Tahu Ini.

 

Tidur adalah sangat penting untuk semua orang, mana tidaknya dengan tidur yang berkualiti akan membuatkan seseorang rasa cergas dan begitu bertenaga selepas bangun dari tidur. Menurut National Institute of Health, tidur sangat penting untuk fungsi otak dan badan yang normal. Jadi, tidur yang berkualiti adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan tidur yang cukup dan lena. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan stokin sewaktu tidur. Ramai yang tidak tahu selain mendapatkan tidur yang lena, memakai stokin pada waktu tidur juga memberi manfaat yang lain.



Membantu tidur dengan lebih cepat

Kebiasaan memakai stokin sebelum tidur mungkin membantu mengatur suhu dalaman badan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin biasa atau hangat di tempat tidur dapat tidur lebih cepat. Ini kerana suhu badan seseorang menurun pada waktu malam, mencapai suhu terendah sekitar jam 4 pagi.

Memanaskan kaki dan tangan melebarkan saluran darah, tindak balas yang disebut vasodilatasi. Ia membebaskan haba melalui kulit dan membantu menurunkan suhu badan inti. Keadaan ini kemudian menghantar mesej ke otak bahawa sudah waktunya untuk tidur. Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature juga menunjukkan bahawa kulit hangat dikaitkan dengan tidur yang lebih cepat.



Mencegah penyakit Raynaud

Menurut Medical News Today, tangan dan kaki yang sering kesejukan boleh menjadi tanda penyakit Raynaud, suatu keadaan yang mempengaruhi saluran darah di kulit. Serangan biasanya berlaku ketika seseorang merasa sejuk atau tertekan. Semasa serangan, aliran darah ke tangan dan kaki menurun.

Akibatnya, jari tangan dan jari kaki mulai terasa sejuk dan mati rasa, malah berubah warna menjadi putih atau biru. Namun, memakai stokin di tempat tidur dapat membantu mengurangkan gejala Raynaud, serta menjaga kehangatan sepanjang hari.



Mencegah hot flashes

Banyak perempuan yang telah memasuki fasa menopause akan mengalami hot flashes yang mana akan merasai rasa panas dengan tiba-tiba, bepeluh, jantung berdebar dan juga muka kemerahan. Menurut laman Healthline, wanita yang memakai stokin pada waktu malam mengalami penurunan suhu badan.

Keupayaan stokin untuk membantu mengurangkan suhu badan pada waktu malam juga bermanfaat dalam mencegah hot flashes. Ini kerana hot flashes mungkin disebabkan oleh turun naik hormon pada wanita menopaus yang mempengaruhi kawalan suhu badan.

Atasi tumit kaki merekah

Tumit adalah salah satu bahagian badan yang kering dan mudah merekah. Nah, salah satu cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan mengatasi tumit yang pecah adalah melembapkannya dan menutupnya dengan stokin pada waktu malam.

Sebaliknya, pilih stokin dengan bahan seperti kapas, bulu atau kasmir. Hanya dalam beberapa hari, anda akan puas melihat perbezaan yang ketara.

Memakai stokin sebelum tidur ternyata mempunyai banyak faedah bukan? Tetapi, pastikan anda memakai stokin yang lembut dan selesa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,244 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen