Panduan Berguna Bagi Sang Suami Membantu Isteri Menguruskan Rumah Tangga.

 

Tugas menjaga anak bukan tanggungjawab isteri seorang, malah suami juga harus memainkan peranan. Kami senaraikan beberapa panduan untuk suami membantu isteri dalam menguruskan rumahtangga dan menjadikan rumahtangga lebih sejahtera dan bahagia selalu.



Menjaga anak.

Bagi pasangan yang bekerja, apabila pulang dari kerja, sama-sama uruskan rumahtangga. Misalnya, ketika isteri sibuk memasak si suami boleh memandikan anak atau membantu menjaga anak.

Bangun malam buat susu anak.

Bagi anak yang tidak menyusu badan, biasanya mereka bangun malam untuk minum susu. Jika lihat isteri keletihan, bantu buat susu anak dan beri anak susu.

Bantu menyiapkan anak ke sekolah.

Biasanya waktu pagi adalah waktu paling sibuk untuk uruskan anak ke sekolah atau ke taska. Jika isteri sibuk menyediakan sarapan dan mengemas dapur, suami pula boleh membantu memandikan anak atau siapkan mereka untuk ke sekolah.



Memasak bersama.

Membantu isteri di dapur tidak mencalar kelakian atau menjatuhkan ego suami sebagai lelaki, malah jika sama-sama memasak dan berinteraksi kemesraan akan lebih terjalin dan kesefahaman serta kasih sayang antara suami isteri bertambah berat.

Mengambil tahu mengenai persekolahan anak.

Sebagai bapa mereka, anda seharusnya mengambil tahu mengenai pendidikan anak. Luangkan masa bersama anak ketika mereka membuat kerja sekolah akan merapatkan hubungan anak dengan bapa. Biasanya bapa jarang mahu ambil tahu megnenai hal persekolahan anak kerana ibu biasanya lebih dominan dalam hal pendidikan si anak.

Meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak.

Bila suami atau ayah dapat luangkan masa berkualiti dengan anak dan isteri secara tidak langsung suami dapat memahami emosi isteri dan anak dengan lebih mendalam. Mereka akan faham keperluan emosi isteri dan anak dalam rumahtangga. Oleh itu, jika suami isteri menjalankan prinsip terbaik dalam perkongsian hidup iaitu, urusan rumahtangga tanggungjawab bersama, ia akan melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen