Bila Berbeza Budaya Dengan Pasangan, Cuba Lakukan Perkara Ini Dengannya.

 

Kita tidak akan pernah tahu pasangan hidup kita itu orang mana. Orang yang sama budaya dengan kita, atau berlainan. Boleh jadi, jodoh kita ini datang dari pantai timur, boleh jadi juga datang dari selatan mahupun utara. Semuanya bukan boleh dirancang.

Namun, agak seronok bila dapat pasangan yang berlainan budaya ini. Barulah bila dah kahwin banyak perkara yang akan kita pelajari, malah kita juga akan lebih banyak tahu akan sesuatu perkara.



Bila dapat pasangan yang berlainan budaya ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan. Bukan mudah, tapi tentunya rasa seronok. Apa yang perlu kita lakukan?



Fahami budayanya

Paling utama sebenarnya, bila dapat pasangan berlainan budaya ini bukan kena terima siapa diri pasangan anda saja tetapi kena juga terima sekali dengan budayanya dia. Kalau tidak faham, kenalah rajin bertanya barulah anda tidak rasa kekok. Dengan berminat untuk berlajar budaya ini juga akan membuatkan pasangan akan nampak usaha anda untuk menerima siapa dirinya.

Bila dah fahami kenalah belajar budayanya

Nak nampak lebih lagi usaha, anda kenalah belajar untuk memahami budayanya. Belajar lakukan budaya serta ikut budayanya sekali. Barulah bila anda berkumpul di sebelah keluarganya anda tidak akan kekok malah dapat terima dengan baik. Perkara ini sangat penting bila mana anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Pasangan anda mungkin tidak mengamalakan tetapi keluarganya tentunya masih kekal amalkan.



Jangan perlekeh budaya mereka

Setiap orang ada budaya mereka masing-masing, walaupun pelik di mata anda tetapi tidak di mata mereka. Maka dengan itu jangan perlekeh budaya mereka, sama juga dengan diri anda. Tentunya tidak suka kalau budaya anda dipandang negatif dan diperlekahkan.

Bila dapat pasangan yang berlainan budaya ini, banyak perkara yang mungkin akan membuat anda tertanya-tanya. Namun pada masa yang sama, anda akan rasa seronok belajar benda yang baru.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen