Tanda Anda Sedang Mabuk Cinta Dalam Diam, Biasanya Orang Tak Nak Mengaku.

 

Perasaan cinta itu kadang hadir tanpa di duga, mana tidaknya saat ia hadir anda tidak akan terasa atau perasan pun. Semuanya berlaku sekelip mata dan begitu tiba-tiba.

Siapa sangka dengan hanya satu pesanan membuatkan anda merasa begitu rupa, itu belum lagi anda berjumpa dengannya. Siapa sangka perasaan itu datang secara tiba-tiba mendekati anda yang langsung tidak bersedia.



Anda tentunya tidak sedar bahawa anda sedang mabuk cinta dengan dirinya. Walaupun perasaan itu belum berbalas, tetapi ia sudah ada dalam diri anda. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Nak tahu macam mana anda sedang mabuk cinta? Berikut adalah ciri-cirinya.



Selalu bayangkan tentang mereka

Ini yang dinamakan mandi tak basah, tidur tak lena. Siang malam pagi petang membayangkan si dia. Tidak kiralah apa yang anda lakukan tentunya anda membayangkan si dia sedang bersama anda. Bahkan anda juga sentiasa ingin bersamanya.

Berfikri mengenai dirinya

Lagi tengah apa dia sekarang ini? Lagi buat apa dia sekarang ini? Sihat atau tidak? Dan macam-macam lagi persoalan yang bermain difikiran anda. Semua perkara yang terlintas tentunya akan ada dirinya. Rasa tak tenang diri anda kalau tidak fikri akan si dia.



Teruja bila dia hubungi anda

Ini yang paling menarik sekali, bila dia hantar pesanan atau tiba-tiba hubungi anda, rasa terlalu gembira dan teruja. Senyum hingga ke telinga membuatkan anda sememangnya sedang mabuk cinta dengan si dia. Kalau boleh anda berharap siang dan malam dia akan menghantar pesanan dan menghubungi anda.

Merasa gementar bila dekatnya

Jatung berdegup laju, adakah ini dinamakan cinta? Itulah yang akan anda alami bila dekat di sisinya. Mana tidaknya, anda bimbang jika perasaan anda diketahui, pada masa yang sama anda juga terlalu teruja bila dekat dengannya. Itu yang membuatkan anda gementar tak tahu apa yang perlu anda lakukan.

Namun begitu, biasanya mereka yang sedang mabuk cinta ini tidak akan mengaku. Malu lah kalau nak mengaku kan? Anda pun sama juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,536 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen