Wedding Drive Thru Pertama Di Malaysia, Unik & Meriah Juga.

 

Sudah tentu semua bakal pengantin begitu teruja dengan kebenaran untuk melakukan majlis perkahwinan atau pernikahan. Mana tidaknya, sudah beberapa bulan tertangguh tentunya semua persiapan telah selesai.

Pada masa yang sama, kebimbangan untuk mengadakan majlis tersangatlah dekat. Mana tidaknya, walaupun keadaan sudah beransur pulih tetapi tetap saja ada sedikit kebimbangan.



Namun berlainan pula dengan pasangan pengantin ini, satu perkongsian di laman sosial Facebook Viral Media Johor yang berkongsi kisah pengantin semasa PKPP dengan melakukan majlis secara Drive Thru yang pertama di Malaysia.

Majlis yang berlangsung sangat unik dan boleh menjadi contoh bakal pengantin lain kerana mengikut SOP yang telah ditetapkan.

NORMA BAHARU MAJLIS KAHWIN DRIVE THRU WEDDING.

“Setelah Saya dan pegantin Meminta kebenaran Dari pihak Polis diraja Malaysia Daerah kami di kluang.Kami start susun startegi wedding drive-thru untuk pertama kalinya di malaysia.Wedding yang berlansung sangat meriah.Majlis dihadiri Dari setiap pelusuk negeri dari rawang, kuala lumpur,selangor Johor dan beberapa negeri lagi.”



Tahniah Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss
(pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger)

Merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan drive thru di Malaysia. Mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.





Syukur alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini.

Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai Balai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, Zenuz Production dan individu-individu lain yg juga memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini.





SOP kehadiran tetamu majlis :

= Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.

= Cek suhu oleh anggota RELA.

= Catat nama beserta nombor telefon.

= Masukkan sumbangan ke dalam tabung "Salam Keruk" yang disediakan.

= Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.

= 1 kenderaan hanya 1 minit sahaja masa yang diberikan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,536 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen