Bunga Tangan Buat Sang Pengantin.

 

SEJARAH asal mencatatkan bahawa karangan bunga tangan menjadi sebahagian daripada perkara yang perlu ada pada majlis perkahwinan tanpa mengira bangsa mahupun agama. Ia sebenarnya menjadi simbol kegembiraan dan kebahagiaan. Dalam adat perkahwinan Inggeris, mereka percaya bahawa jika wanita masih bujang menangkap bunga yang dicampakkan oleh pengantin perempuan, mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu. Tidak kira warna kulit, bangsa atau agama kini semuanya inginkan bunga tangan untuk melengkapi penampilan ketika bergelar raja sehari. Selain dapat menaikkan seri pengantin, rata-rata pengantin perempuan berpendapat, memegang bunga tangan dapat mengurangkan rasa gugup mereka yang menjadi tontonan tetamu pada hari bersejarah tersebut.



Karangan bunga yang indah dan menarik menjadi keutamaan yang menjadikan penampilan seseorang pengantin itu bertambah ceria dan segar. Hasil kreativiti penggubah bunga, tercipta pelbagai jenis bunga tangan yang memang cantik lagi menawan. Ditambah pula dengan penggunaan bunga segar dan aksesori, menjadikan bunga tangan antara salah satu keperluan pengantin yang tidak lagi dipandang ringan. Pemilik Flora, Etc…, Razak Ahmad berkata, gubahan bunga tangan tidak semestinya berbentuk bulat, ia boleh dihasilkan dalam beberapa bentuk mengikut tema, warna dan konsep perkahwinan pasangan pengantin itu. “Di Flora, Etc… idea yang digunakan adalah daripada gaya sendiri dan lain daripada yang biasa. Ada juga yang digubah mengambil inspirasi daripada gaya Inggeris. “Namun, kebanyakan pengantin lebih gemar memilih karangan bunga ros putih, merah, merah jambu untuk dijadikan bunga tangan mereka,” jelas beliau.



Sebelum memutuskan bunga segar yang dipilih untuk dijadikan bunga tangan, Razak akan memastikan konsep perkahwinan, pakaian pengantin dan warna tema perkahwinan untuk disesuaikan dengan pemilihan bunga dan warnanya. Bagaimanapun pendapat pengantin tetap diutamakan agar mereka dapat merasakan lebih kepuasan pada hari bersejarah kelak. “Dinasihatkan kepada bakal pengantin yang ingin menempah bunga tangan daripada bunga segar agar menghubungi dua atau tiga hari lebih awal dari tarikh perkahwinan. Berikan semua maklumat kepada penggubah bunga dan kemudian boleh menetapkan waktu untuk mengambil bunga tersebut. Kami juga akan memberi cadangan kepada pelanggan jika bunga tangan tersebut perlu dicampurkan dengan bunga tiruan atau sebarang aksesori tambahan lain,” kata beliau yang pernah menghasilkan jambangan bunga untuk artis Hollywood seperti Jennifer Aniston dan Cameron Diaz ketika berkerja di Amerika Syarikat satu ketika dulu. Tambah Razak, bunga tangan yang diperbuat daripada bunga segar biasanya kekal segar dan cantik hingga lapan hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen