Selepas Pertengkaran, Katakan Ini Pada Pasangan Anda. Jangan Ego Sangat.

 

Bila baru je selesaikan salah faham dan sudah berbaik selepas pertengkaran, tentunya masing-masing lebih suka untuk mendiamkan diri dari berkata apa-apa. Kalau salah seorang tak mulakan perbualan, tentu saja situasi itu akan berlanjutan.

Memang masing-masing tengah panas dan cuba untuk kawal rasa tidak puas hati itu, tapi untuk tidak berbual dengan pasangan selepas berlakunya salah faham dan pertengkaran itu adalah pilihan yang sangat buruk.



Salah seorang kena bijak untuk kawal keadaan, jangan biarkan rasa tengang itu berlanjutan kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan kalian. Baik bercinta ataupun sudah berkahwin, kalau selepas bertengkar atau salah faham kena mula katakan ini.

Tak tahu nak kata apa sebab masih sakit hati? Kalau ikutkan sakit hati memang sampai bila pun tak habis. Jadi katakan ini pada pasangan anda;



“Besok kita jumpa nak?”

Bila kalian berjauhan atau sedang bercinta, mungkin boleh gunakan ayat ini untuk kembalikan hubungan seperti sedia kala. Biasanya perjumpaan ini akan membuatkan seseorang itu teruja kerana rindu. Bahkan salah faham yang timbul itu kerana anda rindukannnya, maka ini masanya untuk selesaikan apa yang anda rasa itu.

“Jom makan sama?”

Untuk suami isteri pula, makan bersama memberi manfaat kepada kalian malah eratkan lagi hubungan. Nak-nak lagi kalau berkongsi satu pinggan dan satu cawan, memang sweet habis cerita dia. Walaupun makan mee segera, moment itu akan terasa erat dan mesra sekali.

“I love you”

Tak tahu nak kata apa atau lakukan apa, cuba saja katakan “i love you” pada pasangan anda. Sedikit sebanyak dapat sejukkan hatinya yang sedang panas itu. Bukan itu saja, ia ibarat walaupun ada salah faham tetapi anda masih sayang akan dirinya.



Tunjuk sesuatu yang kelakar

Saat-saat kekok tentunya akan dirasai oleh keduanya, maka dengan itu tunjukkan sesuatu yang kelakar agar kalian mula ketawa dan berbual mengenai perkara tersebut. Biasanya kalau tunjuk video yang kelakar mudah saja nak ketawa nak kembalikan mood pasangan.

Jangan cakap mengenai perkara yang dah berlalu

Walaupun rasa nak marah dan tak puas hati, jangan cakap semula perkara itu. Cuba berbincang selepas keadaan tenang. Buat masa ini cuba simpan dalam hati dulu okay.

Selepas bertengkar memang masing-masing nak tunjuk siapa yang paling ego. Tapi berbaloi ke kerana ego anda kehilangan orang yang anda sayang?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen