Hukum Bertukar Cincin Antara Pasangan Ketika Akad Nikah.

 

Sememangnya sangat popular sesi bertukar cincin antara pasangan pengantin saat bernikah ini. Biasanya adat ini akan dilakukan untuk membatalkan wuduk antara pasangan selepas selesai akad nikah.

Selalu sangat kita lihat sampaikan kalau kita kahwin nanti ingin lakukan perkara yang sama. Mana tidaknya kelihatan sweet dan begitu romantik sekali saat itu bukan. Tapi ini bukan merupakan adat yang diamalkan Islam, namun lebih kepada adat Melayu. Bahkan, ada juga bangsa lain yang melakukan aktiviti ini bagi menjadikan simbolik kepada sahnya perkahwinan yang dilakukan.



Jadi, jika ia bukan adat Islam – bolehkah ia tetap diamalkan semasa sesi perkahwinan bagi pasangan yang Islam dan apa pula syarat-syarat yang perlu diikuti?

1. Pertama, perlu kita lihat bahawa sejarah bertukar-tukar cincin ini adalah daripada adat kaum Nasrani. Semasa pernikahan, pengantin lelaki akan meletakkan cincin di jari pengantin perempuan dengan menyebut ungkapan yang ditetapkan.

Bagi mereka, ia adalah tradisi wajib semasa perkahwinan untuk menjadikan ia ikatan yang berkekalan. (Ada diceritakan oleh Syeikh Al-Albani dalam Adab Az-Zifaf)



2. Seterusnya, kita boleh melihat bahawa, jika umat Islam mengamalkan adat ini dengan mempercayai bahawa cincin tersebut boleh mengekalkan ikatan perkahwinan, maka ia boleh jatuh kepada hukum syirik.

Hal ini kerana, ia telah menjadikan pasangan tersebut mempercayai kepada cincin melebihi Allah. Sedangkan, cincin merupakan alatan yang tidak berkuasa pun. Jadi, haram hukumnya apabila kepercayaan dan kebergantungan ini beralih kepada cincin tersebut.



3. Hukumnya adalah dibolehkan, jika ia sekadar mengikut adat dan bukan mempunyai niat atau kebergantungan kepada cincin tersebut. Ia sekadar simbolik kepada cinta dan ikatan perkahwinan yang dilakukan.

4. Perlu melihat kepada jenis cincin tersebut. Ia tiada masalah terhadap pengantin perempuan. Namun, perlu dititikberatkan terhadap pengantin lelaki.

Lelaki boleh memakai cincin selain daripada emas. Jika ia adalah emas, maka hukumnya adalah haram.

Maksud: “Nabi SAW melarang cincin emas (bagi lelaki).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5863



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,614 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen