Tak Dapat Kahwin Dengan Orang Dekat Jangan Sedih, Ini Kelebihan Kahwin Dengan Orang Jauh.

 

Untung siapa yang dapat kahwin dengan orang dekat ini, mana tidaknya bila pulang raya tak perlu gaduh-gaduh manja dulu nak pulang kampung siapa. Bahkan, kalau pulang kampung pada hujung minggu pun dapat juga jenguk kedua-dua belah ibu bapa. Memang untung bukan.

Tapi itulah, bukan jodoh semua orang dapat dekat-dekat macam ini. Ada juga yang dijodohkan orang jauh dan ada juga yang jodohnya hanya dengan jiran sebelah rumah.



Tentunya ramai yang ingin cari calon pasangan yang dekat kalau boleh. Senang nak berurusan malah nak kahwin pun jimat juga.

Eh, kalau dapat pasangan yang jauh pun seronok juga. Banyak kelebihan bila kahwin dengan orang jauh ini. Berikut adalah kelebihan yang akan anda rasai bila kahwin dengan orang jauh nanti.



Rasa pulang ke kampung

Paling seronok sebenarnya bila rasa pulang ke kampung ini. Nak-nak lagi pulang ke kampung yang agak jauh tentu rasanya lebih seronok. Bila masa raya, saat inilah yang paling seronok sekali. Berebut-rebut nak pulang ke mana.

Lebih meriah bila kahwin

Biasanya bila pasangan jauh-jauh ini, saudara mara mereka pun ikut teruja nak lihat kampung pasangan kita. Maka, bila datang majlis kahwin itu ada lebih 10 buah kereta yang akan ikut. Malah yang lebih meriah lagi ada yang datang siap dua bas. Haa... nampak meriah sangat masa itu nanti. Tentunya jadi moment terindah kalian.

Dapat tahu budaya yang baru

Kalau dapat pasangan yang dekat-dekat ini tentunya budaya mereka sama saja seperti anda. Tapi kalau dapat yang jauh-jauh ini tentu banyak perkara yang akan anda pelajari. Kalau orang Johor kahwin dengan orang Kelantan, tentunya dapat belajar budaya orang Kelantan begitu juga sebaliknya. Seronok kalau belajar budaya yang baru ini.



Dapat kembangkan keluarga anda menjadi lebih besar

Kalau berkahwin dengan orang dekat ini, pusing-pusing situ juga. Kahwin dengan sepupu si dialah, kahwain dengan sepupu sipulan lah dan macam-macam lagi. Dalam Islam, perkahwinan antara sepupu atau saudara terdekat tidak digalakkan. Ini kerana, secara saintifiknya akan terdapat beberapa jenis penyakit yang berisiko sekiranya dua pasangan adalah dari keturunan yang sama. Jadinya kalau berkahwin dengan orang jauh ini, anak-anak anda lebih selamat bahkan keluarga anda juga akan semakin berkembang.

Paling penting dapat beri peluang kepada yang bujang berkenalan dengan orang baru

Kalau anda berkahwin dengan orang jauh, anda juga sebenarnya membuka peluang kepada si bujang untuk berkenalan dengan orang jauh itu. Sebagai contoh, saudara mara pasangan anda akan berkenalan dengan rakan-rakan anda. Aduh, anda sememangnya membantu mereka.

Banyak bukan kelebihan kahwin dengan orang jauh ini, lepas ini jangan cari yang dekat saja, yang jauh pandang-pandang juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,517 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen