Kalau Rasa Kahwin Dengan Orang Yang Salah, Cuba Renungkan Perkara Ini Dulu.

 

Sekali sekala tentunya akan terlintas perasaan seperti ini. Nak-nak lagi saat kecewa dan marah terhadap pasangan, perasaan seperti ini tentunya akan datang secara tiba-tiba. Perasaan seperti ini tidak sepatutnya ada apabila anda sudah berkahwin sebenarnya.

Ini kerana, anda tidak akan jumpa pasangan yang sempurna walaupun berkali-kali anda berpeluang untuk undurkan masa. Pemikiran sebegini seharusnya tidak ada dalam fikiran anda, ini kerana ia akan memberi kesan kepada rumahtangga anda kelak.



Walau apa pun yang terjadi dalam rumahtangga anda, anda sepatutnya cuba pertahankan dan bukannya memikirkan perkara yang tak sepatutnya. Fikirkan semula akan hubungan kalian.

Pasangan adalah cerminan diri anda

Berkahwin dengannya bukan kerana terpaksa, tetapi ada perkenalan sebelumnya. Sejauh mana anda pasti tahu mengenainya, tetapi satu perkara yang harus anda ketahui bahawa pasangan anda adalah cerminan diri anda.

Jangan merasa salah memilih pasangan dan pasangan anda mempunyai banyak kekurangan di mata anda, kerana pada dasarnya anda sendiri juga mempunyai banyak kekurangan.



Kurang rasa bersyukur

Apabila anda merasa salah dalam memilih pasangan yang bermaksud anda kurang bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang dan menginginkan sesuatu yang jauh lebih baik.

Tiada manusia sempurna

Semua manusia ini mempunyai kekurangan, tiada yang sempurna baik dalaman mahupun luaran. Sedangkan diri kita sendiri pun banyak kekurangan, sebab itulah jangan fikirkan kesempurnaan pasangan saja. Cuba lihat adakah kita ini cukup sempurna buat dirinya?



Dia adalah pilihan anda

Jangan menyesal, dia adalah pilihan anda sendiri, jika anda merasa dia tidak sempurna lebih baik menerimanya dengan ikhlas tanpa mengubah perasaan kita terhadapnya. Cuba selesaikan semua kekurangan pasangan anda supaya dia juga dapat mengisi kekurangan anda.

Hormati perasaan pasangan kita

Semasa dia bersama kita, itu bererti kita bertanggungjawab terhadap hati dan perasaannya. Kita harus menjaganya agar tidak terlalu kecewa dan memberikan kasih sayang yang tulus sehingga tidak ada perasaan yang salah dalam memilih pasangan.

Jangan buang pasangan kerana masalah yang kecil kerana anda akan menyesalinya kelak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen