Rancang Nak Tinggal Dengan Ibu Bapa Selepas Kahwin, Ini Yang Korang Perlu Lakukan.

 

Ada orang rezeki berjumpa jodoh datang terlebih dahulu berbanding rezeki rumah dan juga perkara lain. Maka dengan itu, pilihan yang boleh dilakukan adalah dengan tinggal bersama keluarga sendiri ataupun keluarga pasangan.

Buat mereka yang membuat pilihan ini, sudah tentu perlu faham dugaan dan ujian yang akan mendatang kelak. Kalau dapat ibu bapa yang okay tiada masalah sangat beruntung, tapi boleh jadi ujian akan datang dari orang sekeliling seperti adik beradik pula.



Bila anda membuat keputusan ini, jangan lupa untuk lakukan perkara ini.

Kongsi perbelanjaan rumah

Tidak kiralah anda sebagai anak atau menantu sekali pun, jangan lupa untuk kongsi perbelanjaan rumah. Jangan biarkan ibu bapa anda menanggung seorang diri. Anda perlu faham bahawa anda menumpang di rumah mereka, jadi tidak salah jika anda membayar bil elektrik, air ataupun barang dapur. Barulah ibu bapa itu selesa sedikit nak duduk dengan anak menantu. Kalau anda mampu, tak payah kongsi tapi anda bayar kesemuanya.



Jangan biarkan pasangan terasa kekok

Ini yang paling penting sebenarnya. Biasalah orang baru dalam rumah, sudah tentu akan terasa sedikit kekok. Masa inilah anda perlu bagi sokongan pada dirinya dan pada masa yang sama rapatkan dia dengan keluarga anda. Jangan bagi dia rasa macam dia ini orang asing.

Rajinkan diri

Bila tinggal dengan keluarga mertua ini, jangan nak malas-malas. Tunjuk sikap rajin anda agar boleh ambil hati orang tua itu. Jangan duduk terperap di dalam bilik ataupun bermain phone saja. Anda bukan tetamu anda adalah ahli keluarganya.



Tahu bawa diri

Layan mereka ini sama seperti ibu bapa anda, jangan rasa seperti mereka ini orang asing atau apa pun. Buat saja macam rumah sendiri tak perlu kekok atau malu, bahkan kalau dengan saudara mara pasangan pun jangan kekok atau jauhkan diri. Nanti tidak disenangi pula.

Rancang masa depan juga

Walaupun sudah selesa tinggal bersama keluarga, anda juga masih perlu merancang masa depan keluarga anda sendiri. Sebagai contoh, sampai bila nak tinggal bersama keluarga, nak cari kerja lebih untuk sewa rumah serta beri keselesaan kepada pasangan.

Tiada masalah pun nak tinggal bersama keluarga mertua atau keluarga sendiri selepas kahwin ini, tapi masing-masing kenalah bijak memainkan peranan. Jangan biarkan ibu bapa kita tak senang melihat kita secara tidak langsung terbeban.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen