6 Tip Diet Yang Betul Buat Bakal Pengantin.

 

Setiap pengantin pastinya ingin tampil langsing dan anggun di majlis perkahwinan terutama mereka yang bergelar wanita. Ada segelintir wanita yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Namun harus diingatkan, pengamalan diet yang tidak sihat boleh memudaratkan kesihatan. Entri kali ini berkongsikan tip diet yang sempurna buat bakal pengantin di luar sana. Selain sihat, busana pengantin yang bakal disarungkan pasti kelihatan cantik dan selesa.



1. Ketahui target.

Anda perlu mengetahui target berat badan ideal sebelum memulakan diet. Contohnya, sekiranya anda ingin mengurangkan 5kg, sekurang-kurangkan anda memerlukan masa dalam 5-10mingu untuk menjayakannya. Sasaran jangka pendek ini relevan bagi mereka yang ingin menghilangkan lemak dan tiada kaitan dengan otot dan tisu tubuh. Menurut jurulatih selebriti Hollywood, Cynthia Conde, kadar susut berat badan yang ideal ialah 3kg dalam masa sebulan. Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.

2. Jangan stres.

Menguruskan persiapan perkahwinan kadangkala boleh menyebabkan stres. Emosi yang tidak stabil merupakan salah satu punca diet tidak berjaya. Stres boleh menyebabkan nafsu untuk makan semakin bertambah. Untuk mengelakkan anda stres dalam perkara ini, anda dinasihatkan untuk menyelesaikan persiapan perkahwinan dengan lebih cepat dan awal.



3. Pil bukan penyelesaian.

Jangan jadikan pil kurus sebagai jalan singkat. Kebiasaannya pil kurus akan memberi kesan kepada sistem nervous. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati saat memilih pil kurus kerana sebahagian pil kurus mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda berasa moody dan ‘edgy’ lalu menyebabkan anda stres. Jika masa semakin singkat Cynthia Conde mencadangkan agar mengurangkan pengambilan kalori, dan tingkatkan pengambilan protein serta elakkan makanan berlemak. Conde mencadangkan agar anda mengamalkan diet sebegini dalam jangka masa dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

4. Jangan sekat makanan.

Tidak makan bukanlah cara terbaik untuk diet, sebaliknya anda perlu mengurangkan kuantiti makanan bagi setiap sesi. Selain itu, pakar nutrisi turut mencadangkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap. Sekiranya anda mula skip walaupun dalam satu hidangan, tubuh akan menukarkan makanan kepada lemak sebagai sumber tenaga. Manakala jika anda mengurangkan kuantiti, makanan yang diambil akan dibakar secara berkesan dan lemak akan menjadi sumber utama tenaga. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran cukup baik untuk anda kerana ia mengandungi vitamin dan khasiat yang baik untuk kulit. Ini akan mencantikkan lagi kulit anda.



5. Bersenam.

Lakukan senaman ringan sekerap yang mungkin. Sebagai bakal pengantin, ramai yang suka melakukan senaman yang berat untuk turunkan berat badan dengan kadar segera. Ini akan memudaratkan diri sendiri. Senaman ringkas seperti berjalan sejauh tiga batu, atau jogging sudah memadai. Lakukan dengan kerap supaya bentuk tubuh idaman di hari bahagia menjadi kenyataan.

6. Berpuasa.

Berpuasa antara amalan yang disunatkan dalam Islam. Semua sedia maklum berpuasa itu mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Oleh itu, anda digalakkan untuk berpuasa sebagai salah satu proses menurukan berat badan. Tapi berhati-hati dengan menu berbuka anda. Jangan berlebih-lebihan dan pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Tiada istilah reward diri setelah letih dan berlapar sepanjang hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen