Air Rebusan Yang Bagus Untuk Dalaman Wanita, Patut Cuba Ini.

 

Orang perempuan ini kena jaga kesihatan tubuh badan, bukan dah kahwin je kena jaga-jaga itu ini tapi masih anak dara lagi digalakan untuk amalkan perkara-perkara yang menyihatkan tubuh badan ini. Nak-nak sekarang ini terdedah dengan macam-macam, makan fast food, tak cukup tidur bahkan ada juga yang memang tidak jaga kesihatan diri mereka dengan baik.

Masa muda inilah kena jaga dengan sebaiknya supaya amalan itu boleh bawa ke hari tua. Malah, tidaklah muda-muda lagi sudah terkena serangkan pelbagai penyakit.



Ramai yang kata air rebusan ini sangat bagus untuk kaum wanita. Sesuai diminum seminggu sekali atau sebulan sekali. Ini resepi yang dikongsi oleh Nyd Za, jom kita amalkan.

Air Rebusan untuk :

• Bersihkan rahim
• Buang angin
• Pecahkan lemak
• Naikkan seri muka
• Mengurangkan sengugut

InshaAllah. Moga badan sihat.

Bahan-bahan :

• Halia (2 ibu jari) Hiris Kasar-kasar
• Kunyit hidup (1 ibu jari)
• Serai (2 batang besar) kalau kecil letak dalam 3-4 batang
• Daun Pandan (4 helai)
• Madu
• Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)

*Nak letak sireh pun boleh. Tak letak sebab takde sireh kat rumah.

*Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni. hehe

Cara-cara :

Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk. Renehkan dengan api yang kecil. Biar sampai mendidih dalam 15-20 minit. Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Buat ni untuk 2 Cawan ye.



Selamat Mencuba. Sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau-bau wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu.

Ini cara minum ye. Kalau tak selesa ikut cara masing-masing ok. Minum 1 gelas (suam). Pastu off kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas & berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sangat nanti marah pulak suami & family uols haha. (Berkurung sorang-sorang dalam bilik masa minum ni) hehe..




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,293 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen