Nak Bina Keluarga Bahagia, Masa Bujang Lagi Dah Kena Amalkan 9 Perkara Ini.

 

Bila kita mula bercadang nak mendirikan rumahtangga saja, tentunya sudah ada yang mengimpikan dan mengangankan untuk membina sebuah keluarga bahagia, harmoni dan tenang. Bukan mudah nak mendirikan keluarga seperti ini. Nak-nak lagi jika tiada persiapan sebelum berumahtangga lagi.



Nak kahwin ini bukan kena fikir nak kumpul duit saja, tetapi ilmu agama serta ilmu bab keluarga ini juga perlu ada. Barulah boleh nampak hala tuju bila sudah berumahtangga nanti. Sebab itu, waktu bujang ini digalakkan untuk lakukan beberapa perkara ini. Supaya bila kahwin nanti, mudah dan ringan nak lakukan.

Berikut adalah petua keluarga bahagia.

1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.



2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.



7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

Rajin-rajin lakukan perkara ini masa bujang, bila dah kahwin nanti mudah nak bimbing pasangan dan anak-anak ke perkara yang sama. Bahkan mudah nak bina keluarga bahagia yang menjadi impian setiap pasangan yang berumahtangga.

Kalau tak lakukan sekarang masa bujang, dah kahwin nanti lagi berat nak lakukan.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,488 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen