Ciri-Ciri Wanita Jual Mahal. Ada Yang Pernah Jumpa?

 

Dalam mencari pasangan hidup ini kita selalu mencuba nasib, cuba mendekati seseorang malah cuba menjadi yang terbaik buat dirinya. Tak pernah sekalipun kita mengalah dalam mencuba melainkan jika pihak di sana yang berhenti untuk mencuba.

Dalam mencuba mencari pasangan hidup ini, kadang kala kita tersalah pilih orang untuk dicuba. Kalau diberi peluang dan laluan itu sangat bersyukur, tapi kalau yang tak beri laluan ini kadang kala membuatkan kita tidak kenal erti putus asa.



Mencuba memikat hati seorang wanita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kalau kita ini kurang serba serbi. Tapi jangan risau, dalam kurang kita ini tentu Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat kita.

Macam yang kita tahu bahawa, wanita ini ada pelbagai jenis, ada yang peramah, mudah ketawa, pemalu dan ada juga yang jenis jual mahal. Tapi sebagai orang lelaki, yang jual mahal ini selalu ingin dicubanya. Nak tahu macam mana orang itu jual mahal ke tidak? Jom check ini.

Sikapnya yang agak sombong

Bila dia tahu anda itu biasa-biasa saja, aduh bukan main sombong dia dengan anda. Cuba kalau anda ini ada duit sikit atau rupa yang dia mahukan, sudah tentu dia yang akan mendekati anda dulu. Biasanya wanita yang sombong ini telah letakkan satu aras pasangan yang macam mana dia mahukan. Bukan yang biasa-biasa baginya tapi yang setaraf dengannya.



Suka pandang rendah pada anda

Kadang kala sengaja memperlekehkan gaya pemakaian, perkerjaan dan juga rutian harian anda. Baginya anda ini tidak selevel dengannya membuatkan tidak layak untuk anda memikat hatinya. Walaupun anda telan saja kata-katanya tapi ini bagus juga kerana ia membantu anda untuk menjadi lebih hebat dari yang dia sangkakan. Tapi itulah, sikapnya yang suka merendahkan anda ini tentu sikit sebanyak akan melukakan hati anda.

Dia rasa dia hebat

Mereka rasa mereka ini tidak sesuai nak dilawankan bersama anda. Mungkin kerana rupa parasnya yang elok, kerjanya yang hebat ataupun pendidikannya yang tinggi. Sebab itulah dia rasa dia sudah cukup hebat berbanding diri anda. Walaupun hakikatnya dia biasa dan sama saja seperti anda, tapi sebabkan dia pandang luaran itu yang jadi seperti itu.



Suka bercakap besar

Bila dia dah rasa dia hebat sudah tentulah dia suka bercakap besar. Mana-mana mereka yang suka cakap besar ini tentunya merasakan dirinya terlalu bagus untuk seseorang. Walaupun tanpa sedar dia melukakan hati orang lain, tapi itu semua bukan penting baginya.

Layan anda nak tak nak

Walaupun banyak usaha yang anda tunjukkan kepadanya, tapi kalau dia dah tak nak pada diri anda dia tidak akan nampak semuanya itu. Layan anda pun nak tak nak, bahkan dia juga tidak kisah apa yang akan berlaku pada anda.

Kalau anda jumpa seseorang seperti ini, cari saja yang lain. Kalau dia menolak anda ramai lagi yang sanggup susah senang dan setia bersama anda. Buat apa sengaja sakitkan hati sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen