Malam Berinai Ada 3 Jenis Rupanya, Selalu Kita Lihat Yang Bersama Pasangan Je.

 

Bila memikirkan hal perkahwinan, tentu ada yang sudah merancang bagaimana majlis yang mereka inginkan. Bila saat nikah yang akan dilakukan dan bila pula waktu untuk bersanding. Itu belum bab berapa persalinan dan pelamin pula.
Nak kahwin ini memang banyak perkara yang hendak difikirkan. Aduh pening kepala.

Eh, tapi ada juga yang nak buat malam berinai. Orang kata, tak meriah majlis kahwin kalau tak ada malam berinai ini. Buat anda yang ada bajet lebih sudah tentu tidak akan lepaskan peluang ini. Yelah, kahwinkan sekali seumur hidup. Tentu nak buat yang macam-macam.



Malam berinai merupakan antara tradisi perkahwinan masyarakat melayu yang semakin popular dan seolah-olah dihidupkan semula pengamalannya pada hari ini. Malam berinai secara amnya sebuah majlis yang diatur secara rapi dan dilakukan selama tiga hari berturut-turut sebelum berlangsungnya akad nikah dan majlis resepsi.

Pengantin akan dihiasi dengan inai dan majlis dihadiri oleh kenalan rapat dan ahli keluarga pengantin. Terdapat tiga jenis malam berinai iaitu malam berinai curi, malam berinai kecil dan malam berinai besar.



1. Malam Berinai Curi

Jarang sekali kita dengar mengenai adat ini bukan? Sebenarnya, jika kita ingin mengenengahkan adat malam berinai mengikut tradisi melayu yang sebenar, majlis berinai harus dimulakan dengan aturcara ini. Malam berinai curi diadakan pada waktu petang atau pada sebelah malamnya, tiga hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Pengantin perempuan akan didudukkan di atas pelamin yang telah dihias indah dan dipakaikan inai pada kedua-dua belah tapak tangan dan kaki. Harus diingatkan di sini bahawa majlis ini mengikut adat asalnya, hanyalah untuk tatapan keluarga terdekat sahaja.

2. Malam Berinai Kecil

Aturcara ini diadakan selepas majlis berinai curi dilaksanakan. Pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kedua-dua belah tangan dan kaki.

Pada malam ini juga, pengantin lelaki akan turut dipakaikan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu sama ada pada sebelah tangan sahaja atau kedua belah tangannya.



3. Malam Berinai Besar

Ini merupakan acara kemuncak sebelum berlangsungnya majlis akad nikah pada keesokkan harinya. Namun begitu, terdapat juga tradisi yang melaksanakan majlis berinai besar ini selepas berlangsungnya akad nikah antara kedua-dua mempelai tetapi ianya tidak begitu sinonim di dalam kalangan masyarakat melayu pada masa kini.

Aturcara majlis ini melibatkan lebih ramai tetamu jemputan daripada kedua pihak pengantin lelaki dan perempuan. Pengantin lelaki akan diarakkan ke atas pelamin terlebih dahulu diikuti dengan pengantin perempuan.

Kemudian, istiadat akan dimulakan dengan acara membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Acara diteruskan dengan menggunakan bertih, kemudian diikuti dengan tangkai daun wangi yang dicelupkan dengan air setawar lalu digunakan untuk menyentuh belakang tapak tangan pengantin.

Akhir sekali, sedikit pes inai yang diletakkan di atas daun sirih disapu secara perlahan pada tapak tangan pengantin lelaki menjadi simbolik perkahwinan yang akan atau telah dilangsungkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,517 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen