Doa Meminta Pasangan Yang Baik. Bujang Kena Selalu Baca Ini.

 

Siapa saja yang tak nak pasangan yang baik kan, yang tak berapa baik minta dijauhkan. Memiliki teman hidup yang baik adalah salah satu rezeki yang membahagiakan sepanjang hayat. Tapi itulah, bukan semua orang dapat rezeki seperti ini.

Ada yang dapat pasangan yang menguji kesabaran diri dan ada juga yang mendapat pasangan sebaliknya tetapi diri sendiri pula yang menguji kesabaran pasangan. Macam-macam kan. Tapi setiap orang tentunya inginkan pasangan yang baik untuk menemani sepanjang hayat.



Perkara ini tidak akan tercapai kalau anda hanya menyimpan hajat dan cita-cita saja. Sudah tentulah anda perlu bertindak untuk pastikan bahawa anda berjaya memiliki apa yang anda inginkan itu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sudah tentulah yang paling utama adalah berubah menjadi orang yang baik. Macam mana pasangan yang anda inginkan itu, macam itulah yang anda perlu lakukan. Kalau anda inginkan pasangan yang solat tak tinggal maka anda juga perlu begitu.

Perlu diingatkan bahawa pasangan itu adalah cerminan kita, jadi ubah diri kita adalah tindakan yang paling tepat. Barulah nak memiliki pasangan yang baik itu semakin dekat dan ada peluang.



Selain itu juga, sebagai hamba apa yang kita boleh lakukan selain meminta dan memohon kepada Allah swt. Berdoa kepadaNya dan mintalah untuk diberikan pasangan yang baik serta lain-lain lagi. Kena berdoa dari sekarang bukannya bila dah nak kahwin baru berdoa.

Bukan itu saja, boleh juga amalkan doa ini dalam solat harian anda. Sangat rugi kalau anda tidak masukkan sekali dalam doa selepas solat.






Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen