Mula-Mula Kahwin Masih Ada Rasa Kekok Dengan Keluarga Mertua, Pasangan Kenalah Bagi Support.

 

Bila mula-mula masuk ke dalam keluarga pasangan, bukan mudah nak sesuaikan diri. Walaupun telah berkenalan rapat dengan mereka ini sebelum kahwin, tapi rasa kekok itu tetap masih ada. Kalau dulu dianggap sebagai tetamu tapi sekarang ini sudah menjadi keluarga, walaupun begitu nak hilangkan rasa malu agak sukar.

Biasanya bila dah lama-lama kahwin barulah hilang rasa malu dan kekok ini. Biasalah masa baru-baru memang semuanya malu dan kekok tapi lama-lama okaylah. Namun begitu, sebagai pasangan janganlah pula nak paksa-paksa agar cepat mesra, bagi sokongan dan cuba eratkan mereka.



Apa yang perlu anda lakukan?

Jangan bercakap belakang mengenai pasangan anda

Bila dia tiada anda bercakap belakang mengenai dirinya. mungkin bagi anda dia tidak dengar, siapa tahu dalam diam dia mendengar segala perbualan anda. Elakkan perkara ini walaupun ada rasa nak puji atau rasa tidak puas hati terhadapnya. Apa-apa pun, berbincang dengan pasangan itu lebih baik.



Kerap ajak pulang ke kampung anda

Untuk hilangkan rasa malu dan kekok dirinya, kalian perlulah rajin-rajin pulang ke kampung. Barulah pasangan dapat bermesra dengan keluarga anda. Ini kalau balik kampung pun jarang, memang susahlah pasangan nak rapat dan mesra dengan keluarga anda.

Selalu ajak dia berbual bersama keluarga anda

Mungkin akan ada pasangan yang menolak dan lebih selesa bersendirian di bilik. Tapi kalau boleh ajak pasangan anda sekali untuk berbual dengan ibu bapa anda atau adik beradik anda. Perkara ini sebenarnya secara tidak langsung mengeratkan hubungan denan keluarga. Nak-nak ditambah senda gurau dan gelak ketawa.



Selalu tanya okay atau tidak

Untuk pastikan dia selesa dalam keluarga anda, kenalah rajin-rajin tanya dia okay ke tak. Macam mana layanan adik beradik dan sebagainya. Bukan apa, perkara ini perlu dilakukan untuk elak dia terasa hati. Hanya anda saja yang kenal sikap adik beradik anda. Jadi bolehlah anda jelaskan pada dirinya.

Sentiasa bagi sokongan

Ini yang sangat diperlukan oleh pasangan anda. Jangan sesekali biarkan dirinya tercari-cari dimana ruang yang patut dia berada. Akan tetapi, beri sokongan agar dia mudah masuk dalam ruang-ruang yang kosong itu. Jika anda membiarkan pasangan anda berdikari sendiri tentu saja agak lambat untuk dirinya berasa selesa.

Anda perlu ingat, pasangan anda adalah orang baru yang cuba suaikan diri. Jangan paksa dan biarkan tetapi bimbing serta beri sokongan. Barulah anda dapat eratkan hubungan dia dan keluarga anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen