Jaga Hati Isteri Adalah Sunnah, Rugi Kalau Suami Tak Buat Ini.

 

Seperti yang kita tahu, dalam bab rumahtangga ini orang perempuan lebih berusaha keras menjaga rumahtangga mereka. Mereka ini berusaha menjadi seorang isteri yang menjaga penampilan, mahir memasak, bertolak ansur dan macam-macam lagi. Semuanya ini dilakukan demi kebahagiaan rumahtangga mereka.



Malah, ramai juga lelaki yang mengharapkan usaha dari isteri mereka dan beranggapan bahawa dia hanya perlu mencari nafkah saja. Sedangkan, jika isteri mengembirakan suaminya dia akan memperolehi pahala begitu juga dengan suaminya.

Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang dijadikan contoh yang terbaik. Tetapi sunnah yang selalu diambil tahu dahulu ialah berpoligami sedangkan ada banyak lagi perkara yang Nabi Muhammad SAW buat yang lagi elok untuk kita contohi. Seperti menjadi seorang suami yang menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang suami.

1. Baginda berlumba lari dgn Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang (H.R Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy).

2. Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, jemur, sapu sampah, basuh pinggan dan lain-lain) ketika Baginda berada di rumah (H.R Bukhari).

3. Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, Baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab Baginda, “Bapanya” (H.R Bukhari).

4. Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya (H.R Muslim).

5. Melayani isteri ketika sakit malah Baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis (H.R Nasaa’iyy).
Adakalanya Baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat (H.R Muslim).

6. Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu (H.R Bukhari).

7. Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, Baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik (H.R Muslim).



Bukan perlu menjadi yang sempurna seperti Nabi kita
ini, tapi cukup kalau isteri kita ini tidak makan hati dengan sikap kita bahkan rasa dihargai setiap masa. Kadang kita yang terlalu beranggapan bahawa wang ringgit dan kemewahan mampu beri kebahagiaan sebenarnya bagaimana suami melayani mereka itu yang beri kebahagiaan pada mereka.

Suami-suami jangan malu nak lakukan amalan sunnah ini. Jangan ambil pusing yang mengata anda “takut bini”, tapi anda patut lebih takut kalau isteri tawar hati dan kehilangan dirinya.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen