Nak Tahu Mimpi Kita Itu Benar Atau Tidak, Kena Ada 6 Tanda Ini.

 

Setiap dari kita sudah tentunya pernah mengalami mimpi bukan. Ada yang beranggapan mimpi ini hanya sekadar mainan tidur saja. Tapi kalau dah mimpi yang sama berulang kali tentu saja anda ingin tahu apa makna disebalik mimpi tersebut.

Tak cukup dengan itu, ada juga diantara kita mengalami mimpi yang menakutkan sehingga mendatangkan rasa takut dalam diri. Kalau sekadar mimpi yang menyeronokan itu tidak kisah tapi yang menakutkan ini ramai yang bimbang dan mula ingin tahu.



Biasanya bila masih bujang ini, mimpi dipatuk ular sebagai tanda orang ingin masuk meminang sangat terkenal di kalangan anak gadis, tapi sejauh mana pula kebenarannya.

Buat anda yang ingin tahu kalau mimpi itu hanya sekadar mainan tidur ataupun benar-benar petanda, ini Ustaz Don ada kongsi perkara ini ketika dia buat ig live dengan Remy Ishak baru-baru ini.

1. Dalam keadaan wuduk



2. Tidak dalam keadaan berhadas besar



3. Lepas mimpi terus terjaga

4. Mesti berlaku tengah malam ke atas




5. Ingat mimpi itu sampai bila-bila

6. Mimpi yang berulang-ulang






6 syarat ini mesti atau wajib ada. Kalau salah satu tak ada, mimpi itu dianggap sekadar mainan tidur.



Perkara sebegini sudah tentunya sangat berguna kepada kita, nak-nak lagi yang mudah percaya akan makna mimpi yang datang ketika tidur. Dengan adanya perkara ini, dapat mengelakkan kita dari percaya perkara yang khurafat.

Jadi, jika anda bermimpi pastikan dulu ada 6 tanda ini untuk pastikan ia petanda. Kalau tidak ada, lupakan dan jangan biarkan dia terus mengganggu fikiran anda. Itu semuanya hanya mainan tidur saja.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,285 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen