Tak Kekok Jadi Imam Buat Keluarga Kekasih, Lelaki Ini Terus Lulus Jadi Menantu.

 

Berjumpa dengan bakal mertua sememangnya sangat mendebarkan, baik diri sendiri mahupun pasangan. Mana tidaknya, bila dah bawa ini anda pasti rasakan hubungan semakin serius dan berharap mendapat restu dari orang tua. Malah yang lebih mendebarkan adakah pasangan anda mampu membawa diri dengan baik dan lulus setiap temuduga yang tidak sengaja dirancang oleh bakal mertuanya.



Kalau orang perempuan kena tunjuk skill memasaknya, orang lelaki sudah tentu kena tunjuk kecekapannya menjadi imam pula. Yelah, dia akan menjadi imam dalam keluarga bukan. Malah, dengan perkara itu juga menunjukan betapa kuatnya pegangan agama si dia.

Seperti perkongsian pengguna Twitter Kysstna, membawa pulang teman lelakinya itu berkenalan dengan ibu bapa di rumah. Tapi tidak sangka pula tindakan lelaki ini berjaya menambat hati keluarganya.






Gadis berusia 19 tahun ini berkongsi keterujaan itu di laman Twitter yang telah meraih 9 ribu retweet. Dia berharap orang ramai dapat memperolehi kebaikan menerusi perkongsiannya itu. Dimana, lelaki perlu sentiasa bersedia berdepan dengan keluarga kepada perempuan terutamanya mengenai soal agama.



Malah, setiap kali ingin keluar bersama, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu. Anda sebagai lelaki juga dinasihatkan untuk meminta izin kepada keluarga perempuan ye.



Mencari pasangan hidup ini jangan pandang kesempurnaan saja, tetapi perlu cari yang membawa ke arah kebaikan. Belajar mengenai soal agama, adat bersama orang lebih tua dan sebagainya.



Perkongsian gadis ini turut mendapat banyak respon positif daripada ramai pihak. Mereka turut menyakini kekasihnya itu adalah ‘imam’ yang terbaik buat seorang wanita atas tindakannya dapat mengimamkan solat keluarga.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,475 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen