Nak Cari Isteri Itu Jangan Cari Yang Lawa Saja, Cari Juga Yang Boleh Dididik.

 

Mula-mula memang kita pandang rupa paras dulu, dan penampilan dirinya. Mana tidaknya, nak pandang muka dia hari-hari mestilah nak yang sedap mata memandang bukannya yang asal boleh saja. Akan tetapi, paras rupa dan luaran saja tidak cukup kalau bab-bab lain dia liat sedikit.

Walaupun diantara kita ini banyak ciri-ciri pasangan idaman yang sememangnya ingin dalam diri seorang wanita, tapi kalau dirinya susah didik, susah juga rumahtangga kita kelak. Dia bukan saja akan melawan apa kita kata malah dia juga lebih mementingkan dirinya sendiri.



Mereka yang boleh mudah didik ini tidak semestinya bertudung labuh ataupun berpurdah, boleh jadi dia hanya biasa-biasa saja dalam pakaian mereka. Tapi bila anda beri teguran untuk perbaiki cara dia berpenampilan atau berpakaian, dia begitu mudah menuruti.

Tak semestinya, dia akan terus seperti itu walaupun selepas kahwin. Sebab itu pentingnya didikan dari suami. Jika kena dengan cara didikannya, inshaallah dia mampu jadi bidadari terindah buat suaminya.



“Wanita ni ibarat kaca. Kalau keras sangat bimbang retak dan pecah. Berlemah-lembutlah. Tetapi jangan terlalu dimanjakan. Tegur bila salah, tetapi jangan sampai melukakan. Nak didik makhluk bernama wanita ni kena sabar. Dalam ketegasan, sentuh hatinya dengan kelembutan, kesabaran serta kasih sayang. Kerak nasi kalau rendam dalam air, lama-lama lembut jugak akhirnya.

Sebab tu Allah letakkan lelaki sebagai pemimpin. Lelaki banyak pakai akal, perempuan banyak pakai hati. Cepat sensitif dan emosi. Jadi bila Allah temukan kalian, ada ‘sesuatu’ yang Allah nak ganjarkan pada kalian kaum Adam.

Be a gentleman.

Only The Best Man Win. Bila kamu ikhlas terima dia, bermakna kamu sedia terima baik buruk dia. Sedia baiki mana yang kurang, improve mana yang tidak elok. Bukan tinggalkaan dia demi mencari yang lebih baik. Nak yang berpurdah, didik dia pakai purdah. Bukan tinggalkan dia dan mencari jodoh lain.”



Masa depan seorang isteri ini terletak pada tangan suaminya, bahkan bagaimana didikan suaminya begitulah kejadian isterinya. Jadi kalau nak isteri baik, maka didik dia dengan perkara yang baik begitu juga sebaliknya.

Orang perempuan kalau tersalah pilih suami, masa depannya akan gelap tapi kalau lelaki salah pilih isteri masih ada peluang untuk membimbing dan mendidik isterinya itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 619,731 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen