Penat Kejar Dia Tapi Tidak Berbalas, Jangan Putus Asa. Doa Banyak-Banyak.

 

Sebagai orang bujang ini, tentunya kita ada simpan perasaan dekat seseorang. Alah, kira macam crush. Tapi kita tak berani nak dekat dengannya, takut dia menolak kita pula. Jadi, melihatnya dari jauh itu sudah cukup buat kita. Pernah kan ada dalam situasi seperti ini?

Tak berani nak cakap hai dekat dia, ada juga yang berdepan perkara ini dengan rakan baiknya. Tapi sebabkan takut ditolak, ramai yang memilih untuk diamkan saja perasaan itu.



Tapi, dalam anda diamkan perasaan anda itu, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar kalian dijodohkan. Mana tahu sebelum ini crush saja tetapi selepas ini akan jadi suami isteri. Ataupun, sebelum ini kawan baik saja tapi sekarang jadi suami isteri. Siapa tahu kan.

Jadi, jangan pernah berhenti berdoa untuk memiliki seseorang itu. Jangan cepat sangat putus asa, tetapi sentiasa berdoa agar kalian boleh bersama satu hari nanti.



Perasaan yang tidak diluahkan terus kepadanya tetapi melalui Allah dan perasaan yang disimpan di dalam hati tentunya adalah sesuatu yang hebat. Jadi jangan terkejut kalau hasilnya juga hebat seperti yang anda tidak duga.

Selagi dia belum berkahwin dengan sesiapa, maka masih ada peluang lagi buat diri anda. Kalau malu nak luahkan perasaan, cuba untuk luahkan dalam doa. Pasti Allah dengar segala doa anda itu. Jangan malu dengan Allah, luahkan segalanya padanya.

"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat." (HR Tirmidzi)



Mungkin hari ini dia tidak pandang anda atau tidak sedar akan kehadiran anda, tapi siapa tahu esok lusa, dia akan nampak kehadiran anda. Jangan berhenti berdoa dan jangan putus asa dalam berdoa. Allah tahu apa yang terbaik buat anda.

Walaupun doa yang ringkas tetapi tentunya dipandang di sisi Allah. Jangan lupa dalam doa itu selitkan namanya, minta juga dia dijodohkan dengan anda sebagai pasangan suami isteri. Bahkan yakin dengan aturan yang Allah tetapkan buat anda.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54: “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,241 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen