Kalau Dapat Suami Kedekut, Ini Yang Isteri Perlu Lakukan Selain Makan Hati.

 

Sebagai seorang wanita, memilih suami ini adalah perkara yang sangat berhati-hati. Ini kerana, bila anda tersilap pilih, masa depan yang anda angankan itu mungkin tidak akan berlaku seperti yang anda harapkan. Suami yang anda pilih itu memainkan peranan penting dalam masa depan anda kelak.

Sebab itu bila cari suami, jangan pandang wang ringgit, pangkat ataupun rupa paras dia saja. Bab-bab lain semuanya out, tapi bab itu saja anda pandang. Tapi, kadang kala orang perempuan ini dah pilih elok-elok dah, namun selepas kahwin baru nampak perangai sebenar.



Nak-nak lagi bab kedekut dengan anak isteri ini. Masa sebelum kahwin, selalu bagi alasan nak kumpul duit kahwin sebab itu nak berjimat tapi selepas kahwin lain pula jadinya. Dia itu memang seorang yang kedekut. Jadi, jika anda berdepan dengan situasi seperti ini, apa yang perlu anda lakukan adalah;

Rahsiakan status kewangan anda

Jika anda berkerja, jangan beritahu suami anda berapa banyak gaji anda dan berapa banyak simpanan anda. Kalau naik gaji sekalipun, jangan biarkan dia tahu. Ini kerana, bila dia tahu dia akan serahkan semua perkara di atas bahu anda. Maka dengan itu, lebih elok dia tidak tahu. Sama juga dengan emas yang anda beli dan juga duit kutu yang anda bayar setiap bulan.



Banyakan bersabar

Memang akan makan hati dengan pasangan macam ini. Mana tidaknya, bab anak dan isteri tolak tepi tapi bab kepentingan dirinya, dia utamakan. Jadinya kesabaran anda sangat diperlukan jika mahu kekalkan hubungan kalian. Memang akan ada bertegang urat sekali sekala, tapi nak buat macam mana pasangan anda tidak akan mengalah.

Cari income lebih

Ketika ini, anda kena lebih bijak. Jika anda tidak berkerja maka cuba untuk cari income sendiri. Tapi jika anda berkerja dan rasa kurang cukup juga anda perlu cari income lain. Mana tidaknya, kalau anda berharap dengan pasangan anda, mungkin anda akan lebih makan hati. Jadi, anda perlu berusaha untuk hidup selesa bersama anak-anak.



Beri suami baca sesuatu yang ilmiah

Biasanya suami memang tidak akan baca perkara-perkara ini. Tapi jangan putus ada, sentiasa berikan sesuatu pada suami agar dia buka mata dan tidak kedekut lagi. Jangan lupa untuk tag sesuatu yang baik di Facebook ataupun boleh hantar personal kepadanya untuk menjaga maruah dia.

Suruh dia berbelanja setiap bulan

Jika selama ini dia beri anda wang dan pandai-pandailah anda uruskan semuanya. Tapi kali ini, beri dia list barang dan biarkan dia membeli dan menguruskan wang itu. Dari barang dapur hingga ke perbelanjaan anak-anak semuanya suruh dia beli sendiri, agar tahu berapa banyak wang anda perlukan setiap bulan.

Memang sakit hati dan makan hati jika bersuamikan seperti ini, tapi mungkin juga ini adalah salah satu cara anda mudah untuk ke syurga. Jadi banyakkan bersabar.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,570 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen