Pertama Kali Bertemu Janji, Apa Yang Akan Wanita Lakukan.

 

Rasa teruja, gemuruh dan juga bimbang tentu sangat terasa bila ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah anda jumpa sebelum ini. Nak-nak selepas anda dengannya berbual melalui perantara saja, kini tiba masa nak bertentang mata, siapa saja yang tidak berdebar.

Kalau orang lelaki ini biasanya dia lebih relax dan tenang, tapi buat orang perempuan pula berlainan. Mereka ini mula terlebih fikir dan terlalu gemuruh sehingga membuatnya overthinking. Pastinya anda ingin tahu apa yang kaum wanita akan lakukan saat dirinya ingin berjumpa seseorang buat kali pertama.



1. Ambil masa terlalu lama untuk bersiap

Kejap makeup tak on point, kejap baju macam tak kena, eh tudung pula buat hal dan macam-macam lagi. Itu yang membuatkan mereka ini ambil masa yang terlalu lama untuk siap. Mana tidaknya, dia ingin kelihatan begitu sempurna buat kali pertama. Kira macam kalau pasangan dia tengok terus terpikat dan terpukau.

2. Ambil masa pilih pakaian

Ada yang sanggup keluar membeli belah dulu sebelum berjumpa, nak kena pakai baju baru barulah rasa confident. Itu belum lagi yang cuba baju banyak kali dan matchingkan itu ini. Semua ini dilakukan seminggu sebelum berjumpa, nampak tak dia orang punya teruja macam.



3. Pastikan semua on point

Nak pastikan dia siap tepat pada masanya, tiba sesuai masa dan juga pakaian kena dengan tempat yang dituju itu sememangnya sudah ada dalam list ingatan dirinya. Semuanya telah dilakukan kira-kira, tapi sudahnya mereka ini tetap terlari sedikit dari apa yang dirancang kerana ingin terlalu sempurna.



4. Tersenyum hingga ke telingga

Baru saja cakap nak jumpa, senyuman dia sudah sampai ke telinga. Selagi belum berjumpa selagi itulah dia akan tersenyum-senyum macam kerang busuk. Mana tidaknya, dia begitu teruja sehingga tidak boleh hilang senyuman pada bibirnya. Nak jumpa orang yang dia simpan perasaan tentu saja dia akan rasa begini.

5. Rasa semua tak kena

Tapi bila hari kejadian, dia mula rasa tak kena semuanya. Dari segi pakaian, perjumpaan dan semuanya. Ini kerana, dia terlalu gemuruh hingga semuanya rasa tidak betul. Malah, boleh jadi juga mereka ada terdetik untuk batalkan pertemuan kalian.

Orang perempuan ini memang kalau merancang begitu teliti dan juga akan lakukan awal-awal, tapi bila semakin dekat mereka ini akan mula bimbang dan mula fikir berlebihan. Itu yang kadang kala mereka datang lewat, pakaian dan mekaup macam tak kena. Cuba anda ajak bertemu kali kedua, tentu tidak akan berlaku semua itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen