Tanda Anda Tersenarai Dalam Friendzone Si Dia, Jangan Harap Lebih-Lebih.

 

Orang kata mula-mula berkawan dulu kemudian baru bercinta dan mendirikan rumahtangga. Tapi, nak berkawan pun kena juga pandang kiri kanan, kalau anda saja yang anggap kawan anda itu lebih istimewa sedikit berbanding yang lain tapi dia sebaliknya pula tentu saja tak jadi apa.

Jatuh cinta sememangnya perasaan yang cukup merumitkan, nak-nak lagi ketika tempoh berkenalan dan ingin mendekatinya. Sekiranya anda tersilap langkah, anda mungkin akan termasuk dalam friendzone. Ini yang ramai orang elakkan. Sakitnya kalau kena friendzone itu.



Macam mana nak elakkan perkara ini? Sebelum anda luahkan perasaan padanya atau apa pun, anda kena tahu bagaimana tanda-tanda dia menganggap anda hanya sekadar seorang rakan saja.

Dia tidak kisah berkongsi mengenai perkara yang memalukan

Kalau dia inginkan anda, tentu dia mahu membuat anda tertarik dengan dirinya dengan sikap dan peribadinya. Malah dia tidak akan kongsi perkara yang memalukan. Tetapi jika mereka hanya memberitahu anda saat yang paling memalukan dalam hidup mereka, anda harus waspada kerana itu adalah tanda pertama bahawa dia anggap anda sekadar rakan saja.



Selalu padankan anda dengan orang lain

Dia selalu memadankan diri anda dengan orang yang lain, bukan dia. Bahkan tiada sedikit pun perasaan cemburu di wajahnya. Jika dia selalu mengatakan bahawa anda lebih serasi dengan orang lain, kemungkinan besar dia tidak mempunyai perasaan yang sama.

Selalu lepak bersama tetapi bukan berdating

Ini juga merupakan satu lagi petanda yang kuat sekiranya anda dianggap sebagai rakan. Dia hanya menganggap anda rakan yang selesa untuk berbual dan bersantai. Terutama jika semasa lepak bersama ini, kalian tidak pernah membincangkan perasaan masing-masing dan hanya bersikap santai.



Dia kata anda kawan baiknya

Jika dia selalu menyatakan bahawa anda adalah rakan terbaiknya, orang yang paling dia selesa berkongsi, itu tandanya memang dia tidak mahu lebih dari itu. Kadang-kadang kata-kata ini keluar dari mulutnya sebagai isyarat kepada anda untuk tidak mengharapkan lebih banyak darinya. Jadi, melangkah ke belakang dengan perlahan boleh menjadi kaedah terbaik agar anda tidak terluka.

Dia selalu ada cara membuatkan anda tidak ada ruang

Walaupun kalian mesra, tapi dia seolah-olah tidak beri peluang dan ruang untuk anda ambil hatinya. Itu sangat jelas menunjukkan dia tidak mempunyai perasaan terhadap anda. Sekiranya seseorang menyukai anda, mereka akan selalu membuka peluang untuk anda dekat, walaupun tindakannya sederhana.

Dia beritahu orang lain yang anda adalah rakannya

Bila dia memperkenalkan anda kepada orang lain sebagai rakannya, jelas menunjukkan dia sangat memaksudkannya. Melainkan, tiba-tiba dia menjelaskan keadaan itu semula pada anda. Jika tidak, tentunya dia tidak mahu jejaskan hubungan yang kalian bina.

Friendzone ini memang sakit untuk diterima. Tapi bila dah nampak tanda-tanda seperti ini lebik baik anda undurkan diri saja, dari mengharap sesuatu tidak pasti.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,249 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen