Usia Bukan Penghalang Sebuah Hubungan, Tapi Perbezaan Umur Terlalu Jauh Tentukan Risiko Penceraian.

 

Usia sebenarnya bukanlah satu masalah yang besar dalam hubungan. Bahkan perbezaan umur ini kadang kala sebenarnya agak baik. Tapi berdasarkan satu kajian yang dilakukan, bahawa cinta itu buta adalah ketika seseorang jatuh cinta dengan seseorang yang mempunyai perbezaan usia yang besar dengannya.



Orang kata, kalau sudah ada rasa cinta, usia bukanlah satu penghalang yang sepatutnya dibimbangkan. Asalkan hati masing-masing ikhlas terima pasangan mereka. Tapi jika perbezaan umur yang terlalu jauh sehingga 10 atau 20 tahun ini mungkin akan mengalami masalah dari segi pemikiran, gaya hidup, pergaulan dan macam-macam lagi.



Perbezaan usia yang besar selalu menjadi masalah dari segi budaya. Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa perbezaan usia tidak menjadi masalah selagi kedua-dua pihak yang ada rasa cinta untuk dapat mengekalkan hubungan dengan betul. Tetapi anda tahu, ternyata perbezaan usia antara suami dan isteri dapat menentukan berapa banyak risiko perceraian ketika mereka berkahwin.

Kajian yang dilakukan di Emory University mendapati bahawa pasangan suami isteri yang mempunyai perbezaan usia satu tahun hanya mempunyai risiko perceraian sebanyak 3%, sedangkan mereka yang mempunyai perbezaan usia 5 tahun dari pasangan mereka mempunyai risiko perceraian 18%, dan perbezaan usia 10 tahun mempunyai risiko perceraian 39%.

Perbezaan usia yang jauh tentukan risiko penceraian



Penyelidikan yang melibatkan 3000 pasangan bahkan menunjukkan bahawa pasangan yang berbeza umur sejauh 20 tahun mempunyai risiko perceraian sebanyak 95%. Dapat disimpulkan bahawa semakin besar perbezaan usia antara suami dan isteri semakin besar risiko perceraian yang akan dihadapi.

Tetapi uniknya, statistik tersebut mendapati bahawa pasangan yang dapat menghadapi masalah rumah tangga selama dua tahun berpotensi untuk mengelakkan perceraian sebanyak 43%, tanpa mengira usia mereka.

Jadi, ada baiknya jika anda tidak mempunyai perbezaan yang besar dengan pasangan anda jika anda ingin berkahwin, walaupun sudah tentu masih ada peluang besar untuk mengekalkan perkahwinan sepanjang anda hidup bersama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen