Wanita Digalakan Kahwin 36 Tahun Ke Bawah, Takut Putus Haid Awal.

 

Biasanya bila bab-bab kahwin awal ini, orang perempuan akan lebih ingin untuk berkahwin pada usia yang muda berbanding orang lelaki. Malah, ada juga wanita yang menetapkan keinginan untuk mendirikan rumahtangga pada usia seawal 22 tahun. Bukan kerana mereka ini gatal atau apa, tetapi berkahwin awal ini sangat bagus untuk wanita.

Ada banyak perkara yang dibimbangkan oleh kaum wanita ini, antara yang paling membimbangkan mereka adalah kesukaran untuk hamil dan melahirkan anda jika bekahwin lewat. Bukan itu saja, ada juga yang bimbang kalau-kalau mereka akan putus haid awal.



Jangan ingat wanita muda tidak boleh putus haid awal, dan jangan ingat menopause itu hanya itu orang yang sudah berumur saja. Sebelum perkara ini terjadi, adalah lebih baik anda berjaga-jaga.

Menopause ini merupakan satu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai tanda usia semakin meningkat. Menipause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan putus haid dan tiada lagi pengeluaran telur yang menghasilkan hormon estrogen.

Apa itu hormon estrogen?

Hormon estrogen adalah hormon bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause. Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkan pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagian saluran uri dan berlaku radang pada vagina.



Berapa umur yang dijangka mengalami menopause?

Selalunya wanita akan mengelami menopause pada umur 45 tahun ke atas, tetapi ada yang lebih awal iaitu seawal 40 tahun. Pelbagai gejala yang akan berlaku kepada penghidap gejala menopause, jika sudah sampau masanya anda menopause, pelbagai perkara yang boleh anda lakukan bagi menangani gejala ini.

Berikut adalah tanda-tanda menopause dan cara tanganinya.

Tanda-tanda putus haid awal

• Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid

• Haid yang lebih ringan atau lebih banyak dari biasa

• Berpeluh-peluh

• Faraj, kulit, mata atau mulut yang kekeringan

• Perubahan mood atau perubahan emosi

• Kawalan kencing yang teruk

• Nafsu seks semakin menurun atau tidak wujud

• Insomnia

Wanita yang putus haid terlalu awal akan menghadapi masalah untuk hamil dan meningkatkan risiko osteoporosis, kanser ovari/usus, masalah katarak dan gusi. Ini disebabkan hormon estrogen yang semakin berkurang.



Berikut adalah punca mengapa boleh putus hadi lebih awal;


Merokok

Kajian mendapati wanita yang merokok boleh putus haid 1-2 tahun lebih awal dari mereka yang tidak merokok. Toksin yang terdapat dalam tembakau dan rokok mampu menghalang fungsi hormon pembiakan seperti estrogen.

Ubat-ubat hormon
Ubat-ubat yang diambil untuk mengawal atau mengurangkan estrogen seperti Tamoxifen, boleh menyebabkan wanita putus haid lebih awal. Ubat ini biasanya diberi kepada pesakit kanser payudara.

Sejarah sawan

Kajian mendapati wanita dengan catamenial epilepsy (sawan yang dicetuskan oleh kitaran haid) atau sawan mempunyai risiko putus haid lebih awal. Penemuan ini dikaitkan dengan kesan sawan pada hipotalamus atau kelenjar pituitari otak, tapi lebih banyak data diperlukan untuk membuktikan ini.

Masalah tiroid

Wanita dengan masalah tiroid juga mempunyai hormon yang tidak stabil dan ini menyebabkan mereka berisiko menopause pramatang. Bahkan tanda-tanda hipotiroidisme sama dengan tanda-tanda wanita putus haid dan rawatan untuk masalah tiroid didapati boleh melambatkan menopause.

Pembedahan

Sekiranya anda pernah mengalami pembedahan untuk mengeluarkan ovari (oophorectomy tunggal) atau rahin (histerektomi), badan anda akan kekurangan estrogen dan progesteron. Ini boleh meyebabkan menopaus pramatang. Walaubagaimanapun, jika kedua-dua ovari dikeluarkan, anda akan menopause serta merta.

Kemoterapi

Kemoterapi dan rawatan radiasi boleh merosakkan tisu-tisu ovari serta meningkatkan risiko anda putus hadi lebih awal.

Keabnormalan kromosom

Menopause lebih cenderung berlaku pada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan kromosom yang menjejasakan fungsi pembiakan, seperti sindrom turner yang mengakibatkan pembentukan ovari yang kurang baik.

Penyakit autoimum

Apabila wanita menghidap penyakit autoimum ini, sistem imun badan akan keliru dan boleh menyerang badan sendiri. Dalam beberapa kes, seperti rheumatoid arthritis, ia juga boleh menyerang tisu ovari dan mengakibatkan menopuase awal.



Walaupun tidak semua kes putus haid boleh dicegah, namun berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah ini;

• Berhenti rokok

• Kerapkan bersenam

• Kekalkan berat badan sihat

• Gunakan produk bebas hormon serta produk penjagaan kulit organik

• Makan makanan organik dan sihat

• Elakkan makan makanan yang diproses




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,910 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen