Buat Bujang Yang Raya Diperantauan, Ini Yang Anda Boleh Lakukan Saat Hari Raya Tiba Nanti.

 

Hari Raya akan menjelang sudah tidak lama lagi, walaupun tidak dapat pulang ke kampung tetapi Hari Raya tentu sahaja perlu diraikan seperti biasa. Nak-nak lagi buat anda yang masih bujang, tentunya sekarang sudah terasa sebaknya raya berseorangan di perantauan.

Tapi, apa yang boleh dilakukan. Sudah menjadi salah satu tugas kita sebagai rakyat untuk turut serta membenteras wabak Covid-19 ini. Tapi jangan bersedih, Raya tetap Raya!



Walaupun bakal beraya di rumah saja, tetapi anda juga perlu menyambutnya seperti biasa. Jangan lupa untuk sediakan pakaian khas, kemas rumah dan lakukan pelbagai aktiviti. Supaya Hari Raya anda nanti tidak membosankan atau dalam kesedihan, ini ada lima cara menarik untuk anda merayakan Hari Raya yang bakal tiba ini.



Masak juadah serba sederhana

Hari Raya Aidilfitri tidak akan lengkap jika tiada ketupat, lemang, rendang, dan macam-macam lagi. Tapi kerana anda duduk berseorangan di perantauan, apa kata anda cuba memasak perkara ini bersama-sama rakan anda. Kalau anda tinggal bersendirian, masak apa saja yang ada agar anda turut meraikan Hari Raya.



Hias rumah atau bilik ala-ala raya

Jangan terus bersedih kerana terpaksa beraya berjauhan dari keluarga. Cuba naikkan semangat Hari Raya anda itu dengan hiasa sedikit rumah dan bilik anda. Agar mood raya datang. Tukar langsir dan pasang lampu yang meriah juga sudah cukup untuk bangkitkan suasana raya.



Jangan lupa untuk buat atau beli kuih raya

Tak akan nak biarkan meja itu kosong saja. Cuba hias sedikit dengan kuih raya beberapa jenis. Kalau tiada siapa yang datang pun, anda sendiri boleh menikmatinya. Barulah rasa macam raya bila ada kuih raya ini. Nak-nak lagi jika anda sendiri yang membakar kuih raya tersebut. Memang lagi terasa bahang Hari Raya.



Beli baju raya dan aksesori seperti biasa

Bukan suruh bersesak-sesak berdepan dengan ramai orang di pusat beli belah untuk beli perkara ini. Tapi, beli saja secara online kan lebih mudah. Jika sudah tak sempat nak beli, cuba cari yang lakukan COD. Bukan saja jimat masa anda tetapi keselamatan anda juga lebih terjamin. Tak Raya lah kalau tak ada baju raya.



Video Call adik beradik dan orang terdekat

Nak hilangkan rasa sedih dan sepi di Hari Raya nanti, jangan lupa untu video call ibu bapa anda di kampung, adik beradik serta rakan-rakan anda. Jangan sedih, tetapi nikmati saat ini sama seperti biasa. Ketika ini juga boleh bermaaf-maafan walaupun tidak berjumpa tapi masih bertentang mata bukan.

Jangan sedih tidak dapat beraya bersama keluarga ketika ini. InsyaAllah tahun depan anda bakal merasainya semula.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,520 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen