Doktor Kongsi Tips Kurangkan 'Morning Sickness' Buat Bakal Ibu Yang Kali Pertama Laluinya.

 

Rasa teruja bila dapat tahu diri anda hamil sudah tentu sangat menggembirakan, bukan saja anda tetapi suami serta orang sekeliling anda. Buat yang pertama kali hamil, sudah tentu saat ini sangat mendebarkan bagi anda. Masih belum ada pengalaman lagi kan.



Masalah yang sering dihadapi ibu mengandung saat trimester pertama sememangnya agak mencabar. Ramai diantara mereka yang akan mengalami pelbagai alahan yang meletihkan. Ada yang muntah-muntah, hidung menjadi begitu sensitif, tiada tenaga dan macam-macam lagi.

Sangat jarang ibu-ibu hamil ini untuk tidak berdepan akan perkara ini, tapi kalau yang suaminya perlu melalui morning sickness ini adalah satu keberuntungan buat si ibu. Mana tidaknya, dia tidak begitu perlu lalui saat yang agak mencabar. Tapi jarang sangat berlaku.



Ini ada beberapa tips yang disarankan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan di laman Facebooknya.

Tips Mengurangkan ‘Morning Sickness’

• Makan dan minum dalam kuantiti yang sikit, tapi kerap. Kalau dapat makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sikit boleh memastikan kekal terhidrat dan nutrisi untuk ibu terjaga

• Bangun pagi tu, sebelum gosok gigi, makan biskut cracker kering beberapa keping, rehat jap 15 minit, sebelum pegi mandi.

Jangan lupa gosok gigi pastu, kang lari plak encik suami.

• Makan bila masa teringin nak makan, apa jenis makanan pun tak kesah

• Elakkan makan makanan yg berminyak, pedas, dan bergoreng

• Elakkan makanan yang boleh menambahkan loya anda

• Elakkan dari minum banyakk air semasa sedang makan, atau sejurus sahaja selepas makan

• Minum air atau minuman di pertengahan makanan - macam sedang tunggu untuk lunch atau dinner untuk mengurangkan muntah

• Amalkan makanan atau minuman yg ada halia di dalamnya - kajian menunjukkan ianya efektif dalam mengurangkan morning sickness.

Akhir sekali, dapatkan udara yang segar, dan sokongan dari sahabat handai dan ahli keluarga.

Ingat, morning sickness ni bukan semuanya akan berlaku waktu pagi. Lain orang lain waktunya. Tak sama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 538,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen