Rajin Amalkan Surah Al Waqi'ah Setiap Hari, Rezeki Mencurah Tanpa Sedar.

 

Surah Al Waqi’ah merupakan salah satu surah yang agak terkenal dan menjadi doa serta harapan bagi setiap orang agar dipermudahkan segala urusan diberi kesenangan rezeki dalam kehidupan harian. Mengamalkan surah ini setiap hari akan mendatang rezeki tanpa putus. Surah ini juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.

Al Waqi’ah bermaksud kiamat, surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.

Apa yang anda perlu tahu mengenai surah ini adalah, ia menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit kelak.



Selain itu, jangan amalkan surah ini bersendirian, tetapi kongsi dengan orang sekeliling anda untuk dijadikan amalan harian. Ini kerana surah Al-Waqi’ah ini memang terkanl dengan beberapa kelebihan dan hadis mengenainya adalah sahih.



Apa kelebihannya;

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqi’ah sebagai bacaab rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad A; Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda;
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu, kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan Surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

6. Bagi sesiapa pun membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang melimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Buat mereka yang nak cari duit kahwin, yang hilang perkerjaan, yang rasa sempit dalam hidup dan pelbagai kesusahan lain yang anda rasakan, jangan malas untuk amalkan surah ini. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan buat diri anda.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 538,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen