Pasangan Tiba-Tiba Berubah, Tanda Dah Tak Serasi Ke?

 

Dari awal perkenalan semuanya baik-baik saja, tiada perubahan dan hubungan juga mesra penuh dengan gelak ketawa. Tapi, semakin lama hubungan yang terbina itu makin hambar dan juga anda merasakan dia sudah berubah tidak sama seperti dulu.

Jika dalam situasi ini, tentu ramai pasangan yang akan mula curiga dan merasakan si dia telah berubah hati dan juga mungkin berlaku curang. Tapi jangan semudah itu membuat kesimpulan, boleh jadi perkara ini berpunca dari anda bukan dirinya.

Ini antara sebab mengapa pasangan berubah hati, adakah kalian sudah tidak serasi ataupun dia yang tawar hati.



Anda yang berubah tetapi anda menuduh pasangan

Pada awalnya anda merasakan bahawa pasangan anda yang berubah, tapi tanpa sedar anda yang sedang berubah sebernarnya. Anda yang mula berubah sehingga pasangan anda juga mula berubah. Sebelum membuat apa-apa tuduhan, cuba untuk lihat diri anda dulu. Jangan mula tuduh perkara yang tidak berasas.

Rasa sudah tidak serasi

Adakah anda merasakan si dia bukan seorang yang sesuai dengan anda? Perkara ini akan terjadi pada beberapa pasangan hingga menyebabkan anda ingin berpisah dengannya. Mungkin perubahan sikap dan juga tingkah laku itu membuatkan anda rasa sebegitu, atau itu hanya sekadar perasaan dan ingin cari gaduh dengan pasangan saja.



Ada sesuatu dia sembunyikan

Apabila seseorang simpan rahsia, dia akan rasa sedikit dingin dan mudah marah. Ini kerana, dia sangat berhati-hati dengan sikap dan mula rasa curiga dengan mudah. Mempunyai sesuatu untuk disembunyikan memang boleh menjadi positif atau negatif, anda mesti mengetahui sendiri apa yang disembunyikan oleh pasangan anda.



Ada masalah yang tidak mahu dikongsi

Kita tidak boleh berpendapat bahawa masalah dapat mengubah orang secara keseluruhan, ia berlaku kerana masalah yang mereka lalui biasanya sangat membebankan sehingga mereka secara tidak sedar kehilangan identiti mereka.
Sekiranya pasangan anda mengalami perkara seperti ini, anda seharusnya dapat menolong dan mencari jalan keluar untuk mengatasinya agar perubahan tersebut tidak berlangsung lama.

Rapat dengan orang lain

Untuk tidak keruhkan hubungan, anda memang patut berfikiran positif tetapi rasa curiga perlu ada. Kami tidak pernah tahu bahawa perubahan ini boleh berlaku kerana dia menyukai lelaki atau wanita selain anda. Perkara sebegini berlaku apabila dia mula beri perhatian lebih kepada orang lain selain anda. Itu yang membuatkan dia rasa tidak berubah tapi anda nampak perubahannya.

Sebaiknya anda dinasihatkan untuk sabar dulu sebelum melakukan apa-apa tindakan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,269 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen