'Jangan Mudah Nak Berkomunikasi Di Luar Aplikasi', Ini Tips Elak Ditipu Ketika Dating Online.

 

Mencari jodoh, pasangan atau kenalan dalam dunia maya ini bukanlah satu perkara yang asing lagi buat masyarakat kita. Ramai saja yang menemui jodoh mereka bila jumpa yang betul-betul menepati ciri-ciri pasangan mereka, tapi ada juga yang ditipu dan dipergunakan.

Biasalah, kalau yang kita jumpa secara depan-depan pun boleh tidak jujur dan macam-macam lagi, inikan pula yang kita hanya jumpa dalam dunia online saja, tentu lebih mencabar. Tapi yang lebih penting bagaimana kita berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga.

Jadi apa yang perlu anda lakukan, be smart okay!



Jaga identiti sebenar anda & jangan mudah percaya

Mengenal orang baru adalah peluang untuk berkawan dan juga peluang untuk menjalin hubungan. Tetapi jangan mudah percaya dan mendedahkan identiti anda secara terperinci. Tetapkan had untuk berkenalan dengannya. Jangan berikan maklumat terperinci mengenai alamat, tempat kerja, nombor akaun atau nombor pengenalan anda.



Jaga hati sendiri

Berniat mencari pasangan melalui dating online, tetapi tetap jaga hati dan perasaan anda sendiri. Dating online belum tentu peluang anda menjalin hubungan yang lebih serius dengan mereka. Pastikan seseorang yang anda sukai dan benar-benar dikenal dan dapat dipercaya. Jangan mudah sangat nak berharap dan beri hati pada mereka ini.

Jangan lakukan komunikasi di luar aplikasi tersebut

Jangan sesekali lakukan tindakan ini, nak-nak lagi jika kalian masih diawal perkenalan. Biasanya dating online ini meletakkan meter atau limit perbualan. Pastikan anda terus berkomunikasi melalui aplikasi tersebut, itu akan membuatkan anda lebih selamat. Jangan mudah beri nombor telefon anda pada si dia. Takut apa-apa jadi nanti aplikasi tersebut tidak akan bertanggungjawab.



Jangan takut untuk laporkan jika dia melanggar batas

Dia dia melanggar batas atau tidak menghormati anda, jangan teragak-agak untuk melaporkan dirinya kepada pihak pengusaha aplikasi tersebut. Nak-nak lagi jika dia menyatakan sesuatu yang lucah, meminta wang anda ataupun melakukan perkara-perkara lain. Jangan biarkan orang lain juga menjadi mangsa.

Tetap berjaga-jaga semasa menggunakan aplikasi temu janji dalam talian. Jangan mudah mempercayai maklumat yang diberikan. Kami mengesyorkan agar anda jangan terlalu ikutkan perasaan, sentiasa berhati-hati dan berwaspada.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen