Selalu Rasa Diri Tak Sempurna Tanda Orang Itu Alami Penderaan Mental.

 

Kalau penderaan fizikal, sangat mudah untuk kita melihatnya. Tubuh badan yang penuh lebam, bengkak dan kesan luka pada tubuh. Hanya melihat melalui mata kasar kita sudah dapat andaikan keadaan seseorang itu. Namun, adalah sukar untuk kita mengetahui andai seseorang itu mengalami penderaan mental.

Penderaan emosi dan mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, antaranya daripada keluarga dan persekitaran.



Kesan daripada penderaan mental dan emosi boleh mengakibatkan individu itu mengalami kemurungan, tekanan emosi malah depresi, sehingga boleh membawa kepada kematian.

Penderaan emosi dan mental berlaku apabila seseorang cuba mempergunakan, mengawal, menakutkan seseorang individu. Pendera kebiasaannya, pasangan, ibu bapa, majikan dan penjaga.



Memetik hantaran dari laman Facebook Public Health Malaysia, antara tanda-tanda seseorang itu mengalami penderaan mental adalah seperti:

1. Selalu meminta maaf tanda sebab
2. Mudah sebak dan menangis dalam perbalahan kecil
3. Sukar untuk bertenang
4. Sering merasa diri tidak sempurna
5. Selalu menyembunyikan perasaan mereka
6. Kerap berasa takut tanpa sebab

Jika anda alami atau mengenali sesiapa yang mendera mana mana pihak secara emosi, sila hubungi Talian Kasih 15999 untuk khidmat bantuan segera.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen