Tanda Anda Seorang Wanita Matang, Bila Dengan Tenang Anggap 1 Hilang Ada 10 Yang Sayang.

 

Kematangan setiap orang tidak akan sama, ada yang matang dari segi pemikiran dan ada juga yang matang dari segi perbuatan. Malah, usia kematangan juga berbeza-beza setiap orang. Matang ini penting bukan dalam hubungan sahaja tetapi juga untuk memilih masa depan sendiri.

Sebab itulah, ramai yang meletakan pasangan yang matang dalam ciri pasangan. Ini kerana, bila matang dia tahu apa yang terbaik untuk hubungan malah dia sama-sama pertahankan hubungan yang ada itu, bukan lepas tangan atau berpeluk tubuh saja.



Jika selalu kita hanya memikirkan lelaki matang saja, apa kata lihat pula diri anda sebagai wanita. Adakah anda matang? Bukan hanya lelaki saja yang perlu matang, wanita juga perlu bersikap matang dalam setiap situasi, barulah sama-sama boleh pergi jauh.

Macam mana nak tahu seorang wanita itu matang atau tidak? Menurut Dr Saidatul Husna, ada lima tanda matang bagi seorang wanita. Berikut adalah tanda-tandanya.

1. Kematangan selalunya diukur dengan dua keadaan. Samaada berlapang dada dengan perbezaan atau mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.

2. Wanita matang lebih suka bercakap perkara manfaat atau banyak berdiam dan senyum. Mereka sudah berhenti berbual bual kosong.

3. Pandangan manusia itu berbeza. Wanita matang teguh dengan pendirian dan lebih suka berdamai dengan meminta maaf jika tidak bersetuju cadangan orang.

4. Tiada lagi paksaan untuk orang suka dan sayang. Wanita matang tenang dengan beranggapan daripada 1 yang hilang, masih ada 10 yang sayang.

5. Mereka menerima kesakitan. Cuma tidak lama dalam kekecewaan. Mereka pandang hadapan dan melangkah terus dengan kasih sayang.

Kematangan di zaman sekarang berbeza dengan zaman sebelumnya. Kematangan hari ini bergantung pada dua sudut, dunia realiti dan dunia hujung jari.

Kematangan hari ini tujuannya untuk bahagia dan membahagiakan. Semua itu mendorong kita untuk lebihkan zikir dalam berfikir.

Saidatul Husna.
Percaya kita matang dengan sikap dan pengalaman.

Jadi, anda sudah matang?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,271 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen