Solat Susah Nak Khusyuk & Selalu Was-Was, Amalkan Ayat Ini. Insya Allah Dipermudahkan.

 

Ketika bulan Ramadan ini, sudah tentu ramai diantara kita yang belumba-lumba mengejar ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Memang susah nak dapat dalam bulan lain ni. Masa inilah ramai yang melakukan solat sunat, membaca al-Quran dan bersedekah.

Tapi ada satu masalah yang kerap kali akan terjadi dan dialami oleh kita ketika waktu solat, tidak kiralah pada bulan Ramadan ataupun tidak. Solat dengan keadaan tidak khusyuk sememangnya mengganggu sesiapa saja, yang paling membimbangkan takut solat kita itu tidak dapat apa-apa. Aduh, sedih pula.



Kenapa susah sangat nak khusyuk dalam solat?

Jin yang suka sangat kacau waktu kita solat nama dia KHANZAB. Kerja dia memang bagi kita tak khusyuk solat, bagi kita khayal waktu solat & buat kita lupa rakaat solat.

Paling kerap jadi kat kita,

Was-was pasal kentut ke tidak ni?

Lepas tu mula nak khayal, buat kita teringat roadtax keta tak hidup lagi.

Tadi keluar tak beli kicap lah!

Ala lupa plak nak reply msg!

Time kita tak solat , duduk menong tak de pulak nak teringat semua ni. Bila nak solat dia bagi kita serabut bagi kita ingat macam-macam.

Nabi SAW ada pesan: Kalau kentut , pastikan telinga kita dengar bunyi & ada bau. kalau tak ada tu si khanzab punya keje. Kalau teringat benda luar tu pun si khanzab punya keje. Jahat kan dia.

Bila kita tak khusyuk solat, tapi mulut dok terkumat-kamit baca bacaan solat. Si khanzab ni bukan main dia gelakkan kita.



Cara nak lawan si khanzab ni:

1. Baca Ta'awuz, AUZU BILLAHI MIN-ASH-SHAITAN-IR-RAJIM pastu tiup ke kiri 3x

Allah pun menghilangkan was-was setan dariku” (HR. Muslim no.2203).

2. Baca ayatul KURSI 1x

3. Baca surah AN-NAS 1x

Pastu bolehlah niat & teruskan solat. Seeloknya kita kena fahami maksud ayat-ayat bacaan solat, tafsiran AL-FATIHAH & surah yang kita baca. Jadi sambil kita baca kita faham.

Mesti si khanzab ni kalah.

Alhamdulillah, semoga dapat beri manfaat & sedikit ilmu




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,889 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen