Buat Yang Tidak Suka Makan Berat Ketika Sahur, Ini Sesuai Untuk Anda.

 

Untuk kekal bertenaga, ada orang tidak akan terleps waktu sahurnya. Bahkan, biasanya waktu sahur akan makan juadah yang agak berat untuk pastikan kekal bertenaga sepanjang hari.

Tapi buat mereka yang tidak begitu selera untuk memakan makanan yang berat, tentu hanya akan minum seteguk air saja. Tapi itu tidak tahan sehingga waktu berbuka. Jadi anda perlu mencari makanan yang sesuai buat anda, tidak berat malah mampu bekalkan tenaga sehingga ke waktu buka.



Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh anda boleh amalkan ketika bersahur.

1. Kurma



Kurma adalah buah yang sangat popular ketika bulan puasa tiba. Buah ini mengandungi gula semula jadi yang akan diproses oleh badan sebagai sumber tenaga. Oleh itu, makan kurma ketika berbuka puasa dapat mengembalikan tenaga anda. Bahkan jika makan pada waktu sahur juga akan bekalkan tenaga seharian.

Kandungan mineral, vitamin, serat dan anti-oksidan baik untuk kesihatan tulang, fungsi otak, mencegah radikal bebas dan juga pencernaan. Buah ini juga sesuai untuk dimakan oleh penderita diabetes kerana dapat mengawal gula darah.

2. Pisang



Buah yang satu ini dipercayai dapat menambahkan tenaga dengan cepat. Mengandungi serat dan gula, seperti glukosa, fruktosa, sukrosa, yang dapat mengembalikan kehilangan tenaga ketika berpuasa.

Selain itu, pisang juga mampu menjadikannya kenyang lebih lama dan tentu saja sihat untuk pencernaan, kerana teksturnya yang lembut.

3. Madu



Madu diketahui mempunyai banyak manfaat yang baik untuk tubuh, salah satunya mampu meningkatkan tenaga. Madu mengandungi kalori tinggi kerana kaya dengan fruktosa, maltosa, sukrosa, dan glukosa sehingga sangat disarankan untuk dimakan ketika berbuka puasa atau bersahur.

Di samping itu, beberapa jenis vitamin, mineral, dan enzim dalam madu juga dapat menguatkan sistem imun tubuh manusia. Baiklah, jangan lupa mengambil madu ketika sahur dan berbuka.

4. Ubi keledek



Salah satu sumber karbohidrat mesra untuk perut anda adalah ubi keledek. Kandungan karbohidrat, vitamin A, dan vitamin C yang tinggi yang dapat mengembalikan dan membekalkan tenaga anda setelah berpuasa.

Walaupun mempunyai rasa manis, kandungan serat dalam ubi keledek membantu melambatkan penyerapan gula, sehingga mencegah peningkatan kadar gula darah yang berlebihan. Selain itu, kandungan anti-oksidan juga mampu menjaga kesihatan otak.

5. Badam



Kacang-kacangan menyimpan pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh. Salah satunya ialah kacang almond. Kacang ini mempunyai kandungan protein dan lemak yang tinggi, sehingga dapat memberikan tenaga untuk tubuh anda.

Selain itu, kacang almond juga mengandungi antioksidan yang dapat mencegah penuaan dan barah. Walaupun harganya agak mahal, tetapi jika anda kerap memakan badam, anda akan merasakan pelbagai faedah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,932 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen