Tak Perlu Persenda Suami Yang Hanya Mampu Baca 3 Qul Sahaja...

 

Dalam perkahwinan ini, tidak semua orang bernasib baik mendapatkan pasangan yang begitu sempurna serba serbi sama macam idaman kita. Bila dah kahwin dengan pasangan, siapa pun dirinya kena terima malah kita menjadi sebagai pelengkap dirinya.

Jangan persendakan kelemahan pasangan kita dan sengaja membuka aibnya, sedangkan ramai yang tidak senasib baik seperti anda. Bahkan, boleh jadi ada yang ingin mempunyai pasangan seperti suami atau isteri anda.

“Tak sempurna pada mata anda, tapi sempurna di mata mereka.”

Selagi pasangan masih nak jalankan tanggungjawabnya, menjaga serta membimbing anda dan tahu menghargai diri anda, maka bersyukurlah. Tidak semua orang mempunyai kebahagiaan seperti yang anda rasakan itu.



Perkongisan Dr Taufiq Razif ini memang makan dalam, anda masih beruntung. Ramai yang mahukan apa yang anda miliki sekarang ini. Bersyukur dan hargailah.

Tak perlu persenda suami yang hanya mampu baca 3 Qul sahaja

Tak perlu dibuka aib suami yang mampu baca Surah Al Ikhlas sahaja

Tak perlu dimalukan suami yang baca surah pendek sahaja

Di luar sana ada ratusan ribu suami yang memukul isteri isteri mereka. Isteri bagi mereka adalah 'punching bag' semata mata. Ada yang menjadikan isteri hamba sahaya. Isteri disusah susahkan dan direndahkan tanpa rasa bersalah.

Di luar sana ada terlalu ramai suami yang menyeksa isteri mereka. Dibiarkan bergantung tak bertali. Ditinggal tanpa khabar berita. Nafkah tak diberi dan hidup dipersia.



Bergembiralah jika si suami masih mahu bersolat bersama isterinya walaupun hanya mempunyai bekal hafalan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas semata.

Ingatlah hadis daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)

Beruntunglah wahai isteri semua kerana suami yang seperti itu jauh lebih baik daripada suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan di luar sana.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen