Sebelum Memilih Isteri Itu...

 

Orang sekarang ramai yang berkahwin atas dasar cinta, kalau tak cinta tak nak kahwin. Biasalah, menjadi impian setiap orang untuk menghabiskan hidup dengan seseorang yang dia cintai. Sebab itu, bila bab nak kahwin ini rasa cinta kena ada, barulah terjadinya perkahwinan itu.

Masa tengah hangat bercinta, ramai yang tidak kisah akan latar belakang, keluarga dan juga siapa pasangan kita. Tapi, bila dah kahwin barulah mula nak lihat siapa pasangan, latar belakang dan juga keluarganya, sedangkan masa baru-baru kenal semuanya telah jelas dan nampak tapi saja buat-buat tak nampak sebab cinta.



Tapi lepas kahwin, mula sekat pasangan untuk pulang ke kampung halamannya, mula tak beri dia bantu ibu bapa yang membesarkannya dan mula rasa tidak selesa dengan rumahnya. Masa sebelum kahwin, semua itu tak penting kerana hanya memandang pasangan sahaja, selepas kahwin semua jadi persoalan.

Nak berkahwin ini, bukan hanya nak berkahwin dengan pasangan sahaja tetapi, anda perlu kahwin dengan keluarganya sekali. Barulah pasangan tak serba salah atau makan hati dengan apa yang perlu dia pilih.



Seperti perkongsian dari Firdaus Shakirin ini, memang ada banyak betulnya. Nak-nak yang orang lelaki, jangan buat isteri serba salah. Mereka ini masih ada ibu bapa yang perlu mereka balas jasanya.

Sebelum mengahwini mana-mana perempuan, tengok rumahnya, tengok keluarganya, tengok kesihatan orang tuanya.

Jangan kahwin dengannya jika kita tidak mampu tinggal di dalam rumahnya. Jangan kahwin dengannya jika kita tidak boleh terima keluarganya. Jangan kahwin dengannya jika kita ingin menghalang dia untuk berbakti kepada orang tuanya.



Jika kita memilih untuk meneruskan jugak hubungan itu, kelak kita hanya akan menerimanya seorang diri sahaja, bukan tempat tinggalnya, bukan keluarganya, bukan orang tuanya. Kita tidak selesa di rumah mertua, kita tidak balik ke rumah mertua, kita tidak suka kepada orang tuanya, kita tal nak orang tuanya datang ke rumah kita dan kita tal nak dia berbakti kepada mereka.

Sikap dan perbuatan kita tu sebenarnya akan membuatkan hati seorang isteri berbelah bahagi, samada mengikut kata-kata dan kemahuan suaminya sekaligus mengecilkan hati kedua orang tuanya, atau memilih orang tuanya berbanding suami.

Jika ingin menerima seorang wanita itu sebagai isteri yang akan tinggal bersama dengan kita seumur hidup kita, maka terimalah dirinya, tempat tinggalnya, keluarganya, orang tuanya, SEADANYA mereka.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 538,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen