Suka Makan Pedas Saat Berbuka Puasa, Ini Risiko Yang Perlu Anda Tanggung.

 

Saat bulan puasa ini, banyak juadah sememangnya sangat menguji iman dan nafsu makan anda. Ada yang teringin pelbagai juadah tetapi bila waktu berbuka hanya beberapa jenis makanan sahaja yang dijamahnya dengan elok, selainnya tentu akan dibawa ke sahur atau ke tong sampah.

Memang semua makanan kelihatan lazat pada ketika ini, tetap berpuasa ini bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi turut juga mengawal nafsu makan anda.



Tidak ketinggalan juga mereka yang meminta makanan pedas, masam, masin dan juga manis. Buat peminat makanan pedas, tentu rasa tidak puas kalau tidak menikmatinya saat ini. Paling tidak kena rasa pedas walaupun sedikit, barulah berselera.

Tidak ramai daripada penggemar makanan pedas ini mengetahui kesan makan pedas pada tubuh mereka ketika perut masih kosong.

Kandungan capsaicin dalam lada

Tahukah anda, dalam setiap lada atau cili yang anda makan, terkandung kandungan capsaicin di dalamnya? Capsaicin ialah sejenis komponen kimia dalam cili yang menyebabkan rasa pedas pada tumbuhan tersebut.



Apabila anda memakan atau menggigit lada, anda pasti akan berasa pedas pada lidah anda, bukan? Ia adalah hasil daripada capsaicin yang ada dalam lada tersebut. Apabila capsaicin ini bertemu dengan dinding perut anda, ia boleh menyebabkan kesakitan dan juga ketidakselesaan untuk sementara waktu.

Apa jadi jika makan makanan pedas semasa berbuka puasa?

Apabila anda memakan makanan pedas ketika perut kosong seperti ketika berbuka puasa, makanan pedas ini akan turun melalui saluran makanan atau esofagus anda seperti satu ‘bebola api’.

Mengapa ia digambarkan sedemikian rupa?

Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap apa sahaja yang bersentuhan dengannya di dalam esofagus melainkan terdapat sesuatu dalam saluran ini yang bertindak mengurangkan kesan pedas tersebut.



Jadi, apabila anda benar-benar teringin untuk makan makanan pedas sewaktu berbuka, jangan terus mengambilnya sebagai hidangan pertama anda. Makan makanan lain yang tidak pedas terlebih dahulu untuk mengurangkan kesan makan pedas yang mungkin berlaku selepas anda habis makan nanti.

Apabila perut anda menjadi tidak selesa disebabkan oleh kesan capsaicin yang ada dalam lada, ia boleh menyebabkan perut meragam lalu mengakibatkan cirit-birit. Kesan makan pedas ketika perut kosong juga boleh menyebabkan iritasi pada dinding perut yang mengakibatkan kekejangan dan reaksi berasid pada perut anda. Sifat lada yang sedikit menyegat ini juga boleh mencetuskan ketidakhadaman dalam perut.

Lebih teruk jika ada ulser

Sekiranya anda mempunyai ulser, makan makanan pedas hanya akan membuatkan keadaan tubuh anda menjadi lebih teruk. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan iritasi pada dinding perut, malah juga boleh menyebabkan keradangan pada jangkitan saluran kencing, malah ia juga tentunya boleh menyebabkan mata dan hidung anda menjadi berair sehingga mendapat keradangan sinus.

Bagaimana kurangkan rasa pedas?



Cuba minum susu. Susu bertindak sebagai ‘sabun pencuci’ kepada kesan makan pedas yang anda alami. Susu boleh membantu melarutkan komponen capsaicin yang ada dalam lada tersebut.

Hanya susu yang boleh memberikan kesan seperti ini dan air biasa atau air kosong tidak mampu melakukannya. Susu haiwan mempunyai sejenis protein yang disebut sebagai casein. Casein adalah sejenis protein yang ‘sukakan lemak’. Oleh sebab itu, ia boleh bertindak seolah-olah sabun pencuci apabila bertemu dengan komponen capsaicin.

Tetapi ingat, hanya susu haiwan seperti susu lembu atau kambing sahaja yang boleh mengurangkan kesan makan pedas ini. Susu berasaskan tumbuhan seperti susu soya, santan atau susu badam tidak mempunyai kandungan protein casein ini.

Ketika berpuasa ini, pemilihan makanan perlu lebih berhati-hati. Ini kerana, dalam keadaan perut yang kosong anda memerlukan makanan yang terbaik untuk tubub anda.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen