Proses Kebenaran Nikah Online Dalam Tempoh PKP Negeri Selangor.

 

Perkara yang baik usahalah dilengah-lengahkan, jika mampu dilakukan dan dipercepatkan maka segeralah lakukan. Nak-nak lagi bab nikah kahwin ini, bila ditangguh macam-macam kemungkinan boleh terjadi. Maka, jika ada peluang nak segerakan, lakukan terus.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan carta alir yang menjelaskan proses kebenaran melaksanakan akad nikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerkan (PKP).



Berdasarkan carta tersebut, terdapat lima langkah yang perlu dilakukan oleh pasangan yang ingin bernikah di Selangor.



Sumber Berita Harian

Langkah pertama adalah pemohon perlu menghubungi pengawai JAIS untuk mendapatkan penerangan mengenai proses yang akan dilaksanakan.

Seterusnya, Pengarah JAIS akan memberi kebenaran khas untuk berkahwin jika dokumen yang disediakan bakal pengantin berkenanan lengkap (REK-PKP-01).

Kemudian pegawai yang bertugas akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan tarikh pernikahan.

Pengantin akan dinikahkan melalui sidang video dan senarai semak proses akad nikah PKP akan dilengkapkan (REK-PKP-02).

Langkah terakhir adalah pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dengan mengemukan Slip Perakuan Nikah Sementara (REK-PKP-03) bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor mengikut Seksyen 26, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas PKP berakhri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,910 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen