Nak Kahwin Sambil Belajar, Ini Tips Dapatkan Restu Dari Ibu Bapa.

 

Berkahwin muda bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Ada sesetengahnya akan membuat keputusan berkahwin ketika masih belajar lagi tapi dengan mendapat keizinan ibu bapa. Namun bukan mudah nak mendapat restu dari mereka ini.

Rasa bersedia untuk mendirikan rumahtangga dan tanggungjawab itu akan datang bila-bila masa sahaja, tanpa mengira umur. Ada yang datang awal saat muda lagi, ada yang datang saat sesuai dengan umur mereka dan ada juga yang lambat. Tapi, bila dah rasa bersedia lebih baik dipercepatkan akan perkara baik ini, tak perlu nak tunggu lama-lama.

Tapi bukan perkara yang mudah nak berkahwin ketika masih belajar lagi. Nak-nak pada ketika ini, ibu bapa meletakkan satu harapan yang tinggi pada anaknya. Tentu akan ada rasa berbolak balik hati mereka untuk beri keizinan anda berkahwin. Ramai ibu bapa akan berkata;

“Habiskan belajar dulu.”
“Tunggu dapat kerja elok dulu.”

Hati ibu bapa mana yang tidak risau memikirkan anak-anak mereka. Tapi jika anda dah bertekad, mungkin anda boleh cuba tips ini.



Gunakan pendekatan berperingkat

Jangan cepat sangat melenting bila tiba-tiba ibu bapa anda tidak izinkan. Anda juga perlu memahami keadaanya yang sangat berharap pada anda. Maka dengan itu, pujuk secara berperingkat dan jangan terlalu mendesak.

Ustaz Azhar Idrus pernah memberitahu cara memujuk ibu bapa untuk kahwin ini dalam satu kuliahnya. Kata ustaz,
“Pujuk dulu hari ini, cakap elok-elok nak kahwin. Kalau tak bagi, diam dulu. Balik cuti semester nanti, pujuk lagi sekali. Tak bagi lagi, 2 bulan kemudian pujuk lagi. Begitulah seterusnya.”



Jadi, berhikmahnya cara di atas adalah apabila mereka melihat konsistennya anak mereka dengan hasrat untuk berkahwin. Maka sedikit demi sedikit ia menghilangkan kerisauan awal ibu bapa, mencetus keyakinan dan seterusnya barulah mereka terbuka untuk mendengar bicara anda tentang hal perkahwinan.

Tunjukkan keyakinan kepada mereka bahawa anda sudah bersedia

Ramai ibu bapa yang bimbang nak lepaskan anak mereka berkahwin pada usia muda dan masih belajar kerana bimbang kalau anak mereka tidak mampu fokus keduanya dengan baik. Bukan semua orang boleh lakukan perkara ini.
Nak-nak lagi jika fikirkan ekonomi yang perlu ditanggung, hidup berdikari serta bahagikan masa dengan sebijaknya. Buatlah perancangan teliti dan cuba kemukakan itu sebagai sokongan hasrat anda untuk berkahwin.

Prestasi akademik mesti cemerlang

Jika prestasi akademik anda ke laut dan tiba-tiba anda nak kahwin pula, tentu akan mendapat tentangan hebat dari ibu bapa anda. Jadinya, cuba tunjukkan yang anda mampu lakukannya dengan baik terutama dalam prestasi akademik anda.



Fahamkan ibu bapa mengenai matlamat perkahwinan

Kebanyakan ibu bapa yang faham matlamat perkahwinan, tidak dinafikan mungkin mereka senang untuk diajak berbincang mengenai kahwin muda ini. Namun, terdapat juga ibu bapa yang tidak berapa faham akan matlamat perkahwinan dan mungkin juga mereka risau kerana sebab-sebab yang telah kita bincangkan tadi di atas.

Di sinilah tugas seorang anak untuk memainkan peranannya. Fahamkan mereka tentang matlamat perkahwinan anda. Kalau keperluan berkahwin itu tidak mendesak, maka jalan ke arahnya juga janganlah mendesak. Sesuailah digunakan cara di atas. Mungkin mengambil masa sedikit sehingga diterima.

Tetapi katakan keperluan berkahwin itu cukup mendesak di mana jika tidak berkahwin anda bimbang akan jatuh ke dalam zina ataupun maksiat. Maka jalan ke arahnya mestilah lebih tegas dan nekad. Dalam keadaan tersebut bagi anak lelaki, restu ataupun kebenaran ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pernikahan. Syaratnya, ada kemampuan.

Justeru, lihatlah pada diri masing-masing. Mengutamakan diri sendiri bukan bermakna untuk mengejar keseronokan tetapi untuk menyelamatkan agama dan iman. Jangan sampai anda lebih selesa berada dalam maksiat berbanding berjuang bagi mendapatkan yang halal.

Tawakal kepada Allah setelah berusaha

Setelah segala usaha dilakukan, mohonlah kepada Allah S.W.T. semoga dipermudahkan urusan anda. Kadang-kadang kita dah berusaha sehabis mungkin tetapi dalam masa yang sama kita lupa kepada Allah S.W.T. Usaha dan doa mesti bergerak seiring. Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Al-Furqan yang bermaksud:

“…dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. dan cukuplah Dia Maha mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.”
(Surah Al-Furqan : Ayat 58)



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,504 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen