Disebalik Pemberian Ada Maksud Yang Tersembunyi. Ini Makna Hadiah Dari Si Dia.

 

Siapa sahaja yang tidak teruja bila diberikan hadiah. Nak-nak lagi jika hadiah itu datang dari seorang yang anda suka dan sayangi, tentu sahaja satu hari akan tersenyum lebar kerana kegembiraan. Akan tetapi, amat rugilah jika anda hanya terima sahaja tanpa tahu maksud dan tujuan hadiah tersebut.

Ya! Setiap hadiah yang anda terima itu ada maksud yang tersirat. Jika kalian pasangan kekasih, hadiah itu sebagai tanda meluahkan perasaan kalian. Bukan kekasih sahaja, pasangan suami isteri pun sama juga.

Tapi jika anda terima hadiah dari seseorang yang menaruh hati pada anda, itu kena lebih hati-hati. Takut-takut hadiah yang anda terima itu sama maksud dengan anda bersetuju menerima dirinya. Ahhh... takutnya.



Ini maksud hadiah yang dia berikan kepada anda.

Cokelat

Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.

Bingkai Gambar

Sentiasa merindui dan tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!



Pakaian, Kain, Tudung dan sebagainya

Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan dan dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan-rakan dan keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.

Cincin Sepasang

Tanda ikatan kasih yang abadi, si dia mahukan anda terus berada di sampingnya kerana ia merasakan anda adalah pilihan hatinya dan akan sedaya upaya menjaga perhubungan. Si dia juga ingin anda tahu bahawa dia serius dalam percintaan.

Bunga

Tanda mula menyayangi, ingin berkenalan dan permintaaan mengenali lebih mendalam lagi, ingin menawan hati, atau si dia juga ingin memujuk anda yang sedang merajuk. Di katakan perempuan walau sekeras manapun jiwanya tetap akan suka hadiah bunga walau disebalik senyuman apabila si dia memberikan bunga yang cantik secantik kalian.

Buku

Bersifat terbuka, bertolak ansur dan prihatin. Si dia amat berharap agar anda memanfaatkan pelbagai peluang, ingin mempelajari sesuatu yang berguna, tidak mudah berputus harapan dan mampu memotivasikan diri agar mampu menghadapi kehidupan yang mencabar.

Handphone

Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, Si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya.



Jam Tangan Sepasang

Si dia amat mengharapkan agar anda mengingatinya setiap masa dan waktu walau dimana berada agar anda tahu si dia juga sentiasa mengingati anda sepertimana anda mengingatinya. Si dia juga berharap hadiah jam adalah keperluan yang penting dan bukan sekadar aksesori kerana ianya juga nilai sesuatu penghargaan.

Gelang Tangan, Kaki

Tanda mesra dari si dia agar anda selalu bertolak ansur dengannya sekiranya ia melukai perasaan dalam sedar ataupun tidak. Si dia juga mengharapkan anda mudah memaafkan samaada pada dirinya juga pada orang lain. Tidak mahu anda bermasam muka apabila bertemu dengannya. Anda adalah kekasih serta sahabat baginya.

Rantai Leher

Suatu tanda, ikatan cintanya yang perlu diberi perhatian kerana si dia sudah mulai perasaan sayang mengalir pada dirinya untuk anda. Si dia perlukan anda dalam kehidupannya serta mahukan anda kerap meluangkan masa dan perhatian untuknya.



Minyak Wangi

Tanda wujudnya cinta, si dia mahukan anda tahu bahawa anda adalah cintanya, Ia juga mengharapkan cinta setulusnya dari anda. Si dia juga mahukan anda menjadi insan yang kemas, bersih dan cantik dimatanya setiap kali bertemu serta menjaga penampilan.

Al-Quran, Sejadah

Tanda si dia mengasihi anda dunia dan akhirat. Si dia juga mahukan anda menyedarkannya disaat ia lalai serta mengingatiNya dan ilmu agama itu penyuluh kepada cinta yang diredai.

Kad Ucapan

Si dia amat mengabadikan perasaan sayang dan cintanya sebagai suatu tanda ingatan atau kenangan, tidak mudah melupakan segala yang di lalui pahit atau manis sepanjang perkenalan kerana tanda ingatan suatu yang tak ternilah harganya.



Kasut

Tanda si dia sangat mengambil berat serta prihatin terhadap anda dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perasaan, kewangan, kerjaya serta hal-hal yang berkaitan peribadi. Sedia menjadi pendengar luahan hati anda.

Subang

Penghargaan serta penghormatan dari si dia. Si dia amat mengagungkan diri anda pada dirinya, Harapan si dia agar anda menghargai kehadirannya di dalam hidup anda sebagi seorang yang bermakna dalam hidup anda. Maksudnya, jadikan si dia watak hero dalam novel hidup anda.

Payung

Tanda kasih dari si dia untuk anda, si dia juga ingin anda tahu bahawa ia ingin melindungi anda walau hanya sesuatu yang di anggap remeh baginya seperti demam, si dia akan mudah merasa beban di jiwanya dan risau tentang kesihatan anda yang kurang baik. Selain itu, untuk mengelakkan anda dari basah kena hujan atau panas terik,takut hitam pulak.

Hantaran Meminang

Itu tandanya si dia serius dan betul-betul serius ingin menjalinkan ikatan kerana si sia mahukan anda jadi bakal teman berkongsi hidup serta pahit manis dalam menempuh kehidupan setelah berumahtangga kelak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 614,277 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen