Suami Jangan Kedekut Dengan Isteri, Kalau Tak Nak Rezeki Kena Tarik Sikit Demi Sikit.

 

Salah satu perkara yang paling sensitif malah boleh mencetuskan salah faham dan juga pertengkaran antara pasangan suami isteri iaitu “masalah kewangan”. Nampak macam mudah nak diselesaikan tetapi, dia mampu membuat pasangan suami isteri saling bermasam muka.

Seorang suami bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi nafkah, keselesaan tempat tinggal, makan minum serta pakaian sehari-hari. Ramai suami samakan nafkah dengan duit belanja, bahkan merasakan bahawa dia telah banyak habiskan wang ringgitnya pada anak dan isteri sehingga dirinya menjadi kedekut pada mereka.



Jangan kedekut dan berkira dengan anak isteri anda. Ini sebab, salah satu rahsia untuk rezeki masuk mencurah-curah. Jangan takut nak hulur pada isteri kerana dia ambil bukan sebab dia mata duitan tapi ambil untuk beli keperluan dalam rumah dan juga simpan waktu sesak. Kalau tiba waktu sesak, anda minta tentu dia beri.

Jangan hairan kalau anda berkerja bagai nak gila tapi pelik semua masih tak cukup. Ini kerana, anda kedekut dengan isteri dan anak. Anda kedekut pada tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya.



Jangan berkira dengan isteri, nanti Allah berkira dengan rezeki anda. Sebab doa perempuan ini Allah angkat lebih cepat sebab adanya rahim dalam diri mereka. Jika anda masih nak berkira, berkiralah. Tapi jangan pelik kalau rezeki anda makin sempit.

“Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri.”

Bahagiakan isteri ini sama macam anda buka pintu rezeki buat diri sendiri dan juga keluarga. Sangat rugilah anda jika kedekut dengan isteri dan anak malah ditutup pula pintu-pintu rezeki yang sepatutnya menjadi miliki anda.



Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumahtangga pasti akan bahagia. Cubalah berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur. Insya Allah anda akan nampak rezeki anda semakin bertambah.

“Memberi nafkah mencukupi kepada isteri adalah kewajipan suami. Jika tidak ditunaikan, kewajiban ini menjadi hutang sampai mati.”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,936 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen