Simpan Cash Sebanyak Yang Boleh! Kita Bakal Berdepan Dengan Krisis Kewangan.

 

Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia termasuk Malaysia memang memberi kesan kepada kita semua. Mana tidaknya, sektor kesihatan dan juga ekonomi negara sama-sama terjejas malah kewangan kita sendiri juga mendapat impak yang agak merunsingkan.

Demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang mana kebanyakan kita tidak boleh keluar berkerja dan melakukan aktiviti biasa sememangnya akan menjejaskan pencarian sumber pendapatan harian.

Malah, ada yang terpaksa berdepan dengan potongan gaji, terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan ada juga yang dibuang kerja bila syarikat terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos.



Penting simpan cash sebagai tabung kecemasan

Apa yang boleh kita lakukan untuk berdepan dengan krisis kewangan ini? Beberapa saranan daripada Perunding hartanah Faizul Ridzuan, di mana paling penting untuk kita simpan wang tunai secara cash serta berjimat cermat untuk bersedia dalam sebarang situasi yang mungkin lebih mencabar.

Kita Bakal Berdepan Dengan Krisis Kewangan

Tapi jangan panik. Ada beberapa perkara penting yang anda boleh lakukan SEKARANG untuk simpan lebihan cash sebagai emergency fund especially jika masih mempunyai pendapatan.

1) Gaji tetap: Simpan dan jimat penggunaan.

2) KWSP Akaun 2: Keluarkan saja RM500 setiap bulan untuk disimpan. Pakai hanya jika perlu/emergency sahaja.

3) Jika ada investment lain seperti rumah, emas, unit trust dll, simpan sebagai backup.

Ini adalah backup terakhir yang boleh digunakan. Kekalkan perlindungan life takaful/medical card pada masa getir ini.



4) Jika ada hutang di bank eg rumah, kereta dan personal loan, ambil kesempatan untuk TANGGUH BAYARAN dan simpan lebihan cash sebagai emergency savings.

Yang kaya dan mampu, kalau mau bayar, bayar ja tapi ini diguna pakai untuk golongan yang perlu extra savings dan extra cash especially yang rasa kedudukan career mereka dihujung tanduk.

5) Jika anda dapat full salary bulan ini dan merupakan kakitangan swasta yang bekerja di small company, expect juga salary cut by 30-70% for the next few months (expecting the worst is better to get yourself prepared).

Big company, jangan terlalu selesa juga. Expect the worst. Sebab in order untuk sustain their business, they have to do something (if you are the boss you will understand).

Sebab if they don’t, potensi mereka gulung tikar sekali dengan pembuangan kerja amatlah tinggi.

Keep the unemployment rate low. So win-win situation, you help your bos, your bos will help you too.

Better to get salary cut daripada tiada kerja langsung sebab ingat, during recession period, tiada or less employment opportunity.

Stay where you are now and hold on. Be kind to your boss and your boss will help you too.



6) Jika anda house owner or penyewa, expect juga tiada atau minimal house rental reduction.

Untuk house owner yang kaya dan mampu, yes they can give free rental to their loyal and good tenant.

Tapi bagi house owner yang mempunyai tempoh baki pinjaman yang masih panjang, please collect your house rental tapi boleh bagi diskaun (atas budi bicara anda sendiri) dan tengok status kewangan penyewa anda samada mereka ada salary cut atau jobless atau receive normal salary.

Sebab melihatkan kepada baki tempoh pinjaman anda di bank, jika tempoh pinjaman ada baki 30 tahun, interest vs principal yang anda bayar adalah 70% dari installment rumah (jumlah yang sangat besar).

You will pay now or later sama juga maksudnya it is a cost to you. Win-win situation juga.

Be kind to your tenant and your tenant will survive and help you too.

Macam saya sendiri, saya hanya dapat bagi free rental kepada penyewa untuk bulan April sahaja sebagai tanda sedikit bantuan dan for next few month it will be not less than 70%.

At least your loyal tenant know that you are trying to help and they need to help us too untuk bayar sewa macam biasa + sedikit diskaun.

Jaga our loyal tenant pada masa ini sebab kelak susah dapat loyal and good payer tenant sepanjang tempoh krisis ini.

7) Jika anda berkemampuan, bersedekahlah walaupun sikit.

Insyaa Allah dalam rezeki anda yang mengalir, ada rezeki mereka yang kurang berkemampuan juga

8) Jika anda sudah ada emergency fund yang cukup baru lah fikir untuk beralih kepada penyelesaian hutang lama.

Eg melalui Moratorium, hutang/komitmen installment rumah + kereta + personal loan anda adalah RM2,000/sebulan.
Hutang kad kredit RM10,000. Anda hanya perlu 5 bulan untuk tutup hutang tersebut.

Tapi ini hanya sesuai bagi yang sudah cukup emergency savings ya. Priority disini adalah untuk kumpul emergency savings dahulu.

Just want to share awareness on the importance of getting prepare for recession now so at least you have more cash in hand as emergency saving especially yang masih ada peluang simpan sebanyak mungkin emergency fund, mulai bulan ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 596,512 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen