Sebelum Hubungan Pergi Lebih Serius, Fikirkan Perkara Ini Dulu.

 

Rasa selesa dengan seseorang bahkan telah berkenalan agak lama dengannya tentu membuat anda mengambil keputusan untuk ke langkah yang lebih serius lagi. Langkah ini mungkin lebih mendekatkan kalian berdua dan membuatkan kedua-dua belah keluarga akan turut serta sekali.

Bertunang atau merisik seseorang yang anda berkenan adalah langkah yang jelas menunjukkan bahawa anda sememangnya menginginkan si dia untuk dijadikan isteri. Bila hati dah suka dan sayang, sesiapa pun akan membuat keputusan yang terburu-buru.

Walaupun sekadar langkah awal dah bukannya berkahwin lagi, tapi kalian perlu memikirkan hala tuju hubungan tersebut. Sudah tentu bila bertunang, orang akan fikir untuk berkahwin pula. Jadi, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan terlebih dahulu.



1. Adakah dia sangat bermakna buat anda?

Bimbang diambil orang atau takut kehilangan dirinya membuatkan anda memilih jalan ini untuk memastikan dia selamat di sisi anda. Akan tetapi, yakinkah anda bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Jika kalian berdua sama-sama bimbang takut kehilangan, tentu masing-masing sudah mempunyai plan untuk bersama.

2. Bagaimana dengan kewangan kalian?

Bukan bagaimana cara kalian menabung atau menyimpan wang sahaja yang perlu dititikberatkan, tapi adakah kalian sudah sanggup untuk sama-sama berkorban mengenai wang ringgit. Bermula dengan sama-sama menyimpan, sehinggalah kalian menggunakan wang tersebut untuk majlis kalian. Di sini, akan masing-masing teruji kerana keinginan berbelanja yang tersendiri. Jadi kena pandai-pandai berkorban.



3. Keperibadian dirinya

Tidak boleh hanya pandang rupa paras atau pangkat sahaja, tetapi sikap dirinya juga penting. Dia akan menjadi pasangan anda serta membawa nama baik anda, jadinya sudah tentu dia perlu tahu menjaga maruah dirinya dengan baik. Bukan itu sahaja, adakah dia seorang yang menyenangkan sehingga anda begitu takut kehilangan dirinya?

4. Boleh ke dia bertolak ansur dalam semua perkara?

Bila dalam hubungan yang lebih serius, bertolak ansur ini tersangatlah penting. Keadaan kewangan atau salah faham menjadi lebih baik jika ada tolak ansur di dalamnya. Jika dia mempunyai perkara ini, maka dia sudah bersedia untuk beri komitmen dalam sebuah hubungan untuk satu jangka masa yang panjang.



5. Bagaimana dengan penerimaan keluarga?

Sebelum ke langkah seterusnya, adakah hubungan anda dan keluarganya baik-baik, begitu juga dirinya dan keluarga anda? Hubungan dengan restu keluarga akan lebih bahagia dan lebih lancar, sebab itu kalau kalian tidak selesa dengan keluarga pasangan, ia mungkin akan beri kesan kemudian hari.

Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan ini. Bila anda rasa perkara ini tiada masalah, maka segeralah meminang dirinya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen