Malas Basuh Jeans, Tuala, Cadar & Baju Tidur, Berulang Kali Pakai Sehingga Berbau. Berapa Kali Sepatutnya Anda Boleh Guna Sebelum Basuh?

 

Setiap orang tentu mempunyai seluar, cadar atau tuala favourite mereka. Jadinya, hari-hari gunakan barang yang sama tanpa tukar. Kalau seluar yang jenis jeans ini, dipakai hari-hari makin lembut kainnya. Tapi kalau tuala dan cadar pula kalau dipakai hari-hari dan lewat basuh tentu akan berbau.

Itu belum lagi barangan lain yang mungkin anda lewat untuk basuh atau sengaja untuk tidak membasuhnya hanya kerana sayang dan yakin perkara tersebut masih bersih lagi.



Bagi pendapat anda, berapa kali perkara ini boleh digunakan sebelum dibasuh? Ataupun dalam seminggu berapa kali anda tukar jeans, tuala, cadar, baju tidur serta barangan lain.

Buat yang tertanya-tanya, ini jawapannya.

1. Cadar dan sarung bantal

Lebih baik jika diganti dan dibasuh setiap dua minggu. Yang kuat berpeluh itu, kena lebih kerap ganti cadar dan sarung bantal. Kalau tidak, itu yang bilik berbau dan badan gatal-gatal.

2. Baju tidur

Walaupun tidak berpeluh tapi sebaiknya dibasuh selepas 3 atau 4 kali anda guna. Tapi lebih elok kalau tukar hari-hati.



3. Stokin

Stokin perlu dibasuh setiap kali selepas guna. Barulah kaki tak gatal dan kasut berbau.

4. Pakaian dalam dan seluar dalam

Perlu ditukar setiap hari dan dibasuh selepas pakai.



5. Jeans

Pakai jeans kegemaran berulang kali? Ada yang jarang basuh sebab takut rosak. Tapi sebenarnya waktu terbaik untuk basuh jeans selepas 3 kali penggunaan terutamanya kalau anda mudah berpeluh.

6. Baju putih/ sutera

Pasti ramai yang suka memakai baju berasaskan sutera kerana kainnya yang selesa. Baju jenis ini perlu dibasuh selepas digunakan, barulah warnanya kekal cantik dan tidak pudar.

Jangan tunggu sampai kotor dulu dan berbau peluh baru nak basuh. Sutera misalnya menyerap peluah seperti span dam perlu dibasuh dengan kerap.



7. Tuala

Berapa kerap anda ganti tuala? Sebaiknya tuala diganti setiap dua atau tiga kali selepas digunakan, atau sekurangnya seminggu dua kali bagi mengelakkan pembiakan bakteria di tuala.

Tuala yang terkena cecair badan seperti peluh dan darah dicuci selepas setiap kali selepas dipakai. Barulah mudah kotoran tanggal.

Kebersihan perlu dijaga dengan lebih baik barulah anda dapat menjaga kesihatan diri anda juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 597,889 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen