Tip Memilih Pasangan Hidup - Ust. Don.

 

Semua orang nak kahwin bukan, semua orang nak pilih pasangan hidup yang sesuai dengan kita bukan, semua orang nak bahagia bukan, tapi bagaimana nak membuat pilihan pasangan hidup kita. Bagaimana memilih pasangan hidup kita yang dapat memberi kebahagiaan dunia & akhirat. Ikuti tip ringkas dari Ust. Don.



1. Sudah tentu no. 1 adalah agama pasangan kita.

Lihatlah unsur agama pada pasangan kita, ada tak ciri-ciri orang yang baik, beragama padanya, solatnya dll.

2. Tempoh masa perkenalan.

Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek.



3. Sifat & keperibadian.

Bagaimana sifat dan keperibadian pasangan anda, lemah lembut, bertanggungjawab, menghormati orang lain atau kasar, panas baran, suka berhibur. Anda sendiri yang boleh tentukan.

4. Kedudukan ekonominya.

Bagaimana kedudukan ekonomi pasangan anda terutamanya lelaki, kerana dia yang akan menanggung anda dan anak2 anda nanti.

5. Kebolehan berkomunikasi.

Adakah pasangan anda itu peramah atau pendiam. Adakah anda suka yang peramah atau pendiam atau yang sederhana sahaja. Anda boleh kenali melalui persahabatan.



6. Kebolehan menyelesaikan masalah.

Adakah pasangan anda bijak dalam menyelesaikan masalah, tidak panik, mampu berfikir dengan baik dikala kesusahan, atau mengharapkan anda menyelesaikan masalahnya.

7. Cantik, segak.

Adakah pasangan anda cantik, segak pada pandangan anda, bukan pada pandangan orang lain. Jika ya, maka buat pilihan yang tepat.

Semoga dapat manfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen